Bashir akan kunjungi China

Bashir akan kunjungi China

KHARTOUM, 30 Ogos (AFP) – Presiden Sudan, Omar al-Bashir akan mengadakan kunjungan jarak jauh ke China, menurut kementerian luar negeri hari ini, meskipun Mahkamah Jenayah Antarabangsa membuat pendakwaan rasmi berhubung jenayah perang di Darfur.

Bashir akan menghadiri perayaan pada 3 September yang menandakan kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua dan menemui rakan sejawatannya China, menurut jurucakap kementerian luar negeri.

“Presiden Bashir akan berkunjung ke China esok (Isnin) dalam lawatan selama empat hari,” Ali al-Sadeq memberitahu para wartawan.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa mendakwa Bashir berhubung jenayah perang dan jenayah ke atas kemanusiaan pada 2009 dan dakwaan genosid pada 2010, kesemuanya berkaitan dengan konflik Darfur.

Dia sering melawat ke Sudan namun jarang membuat lawatan jauh. Kali terakhir beliau berkunjung ke China adalah pada 2011.

Presiden Yaman, Abd-Rabbu Mansour Hadi berjalan beriringan bersama Presiden Sudan, Omar Hassan al-Bashir (depan-kanan) sejurus tiba di lapangan terbang Khartoum pada 29 Ogos. – Reuters
Presiden Yaman, Abd-Rabbu Mansour Hadi berjalan beriringan bersama Presiden Sudan, Omar Hassan al-Bashir (depan-kanan) sejurus tiba di lapangan terbang Khartoum pada 29 Ogos. – Reuters

China bukan satu penandatangan bagi ICC namun ia adalah anggota tetap bagi Majlis Keselamatan PBB, yang merujuk kes Darfur kepada mahkamah.

Mahkamah Afrika Selatan mengarahkan pihak berkuasa untuk menghentikan Bashir dari meninggalkan negara itu apabila dia menghadiri sidang kemuncak Kesatuan Afrika di Johannesburg pada Jun, namun dia dibenarkan untuk keluar negeri.

Kerajaan mengatakan Bashir mempunyai imuniti daripada tangkapan kerana dia menghadiri sidang kemuncak AU.

Konflik Darfur meletus pada 2003 apabila pemberontak etnik mengadakan kempen ke atas kerajaan Khartoum yang didominasi Arab, mengadu tentang berat sebelah.

Ia telah mengakibatkan 300,000 orang maut dan kira-kira 2.5 juta tanpa rumah, menurut jumlah PBB.