Bashir dijemp...

Bashir dijemput dalam sidang kemuncak Trump

RIYADH, 17 Mei – Arab Saudi telah menjemput Presiden Sudan Omar al-Bashir, yang dikehendaki atas dakwaan jenayah-jenayah perang, ke sidang kemuncak bersama Presiden AS Donald Trump dan pemimpin-pemimpin Arab dan Islam, seorang pegawai Saudi berkata hari ini.

“Dia (Bashir) telah dijemput,” pegawai itu memberitahu AFP tanpa mengatakan sama ada pemimpin Sudan itu akan menghadiri rundingan peringkat tinggi itu Ahad ini.

Trump dijadualkan akan mengunjungi Arab Saudi, rumah kepada dua tempat suci Islam, bermula hari Sabtu dalam lawatan asing pertamanya sejak menjawat jawatan itu dalam Januari.

Beliau akan berucap pada sidang kemuncak itu dalam “harapannya bagi visi keamanan Islam,” menurut Rumah Putih semalam.

Omar al-Bashir yang juga dijemput bagi menghadiri sidang kemuncak bersama Donald Trump. – AFP
Omar al-Bashir yang juga dijemput bagi menghadiri sidang kemuncak bersama Donald Trump. – AFP

Bashir telah mengelak penahanan sejak dakwaan terhadapnya oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam 2009 atas dakwaan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang dan jenayah terhadap manusia berkaitan dengan konflik di Darfur di mana sekurang-kurangnya 300,000 orang telah dibunuh.

Dia bagaimanapun menafikan dakwaan-dakwaan itu.

ICC yang berpangkalan di The Hague yang ditubuhkan pada 2002 sebagai sebuah mahkamah pilihan terakhir untuk membuat perbicaraan bagi jenayah berat di mana mahkamah-mahkamah negara tidak berupaya atau tidak mahu bertindak. – AFP