Bashir tiba di Khartoum, kontroversi landa ICC

Bashir tiba di Khartoum, kontroversi landa ICC

PRETORIA/KHARTOUM, 16 Jun (Reuters) – Presiden Sudan Omar al-Bashir semalam terbang keluar dari Afrika selatan dan selamat tiba di Khartoum sebagai mengingkari Mahkamah Pretoria yang kemudian menyatakan beliau sepatutnya ditahan untuk berdepan dengan dakwaan genosid di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Meskipun arahan perundangan agar beliau kekal di negara itu menjelang perintah penahanannya, kerajaan Afrika selatan membiarkan Bashir meninggalkan negara tersebut, dengan parti pemerintah pula menuduh ICC bersikap berat sebelah ke atas negara-negara Afrika dan “tidak lagi berguna.”

Bashir dikenakan dakwaan oleh ICC berhubung jenayah perang dan jenayah kemanusiaan tetapi Afrika Selatan memberikannya kekebalan untuk duduk bersama-sama semua delegasi yang menghadiri Kemuncak Kesatuan Afrika di Johannesburg minggu ini.

Sebagai anggota ICC, Afrika Selatan bertanggungjawab melaksanakan waran tangkap. Keputusan untuk membiarkan Bashir meninggalkan negara itu menunjukkan anjakan keutamaan diplomatik bagi kerajaan, dengan kepentingan Afrika diberikan tumpuan berbanding Barat.

Ia juga memberikan tamparan hebat kepada ICC yang berpangkalan di The Hague Belanda, yang sudah pun menjatuhi hukuman ke atas dua ketua perang Afrika sejak itu mula beroperasi pada 2002.

SELAMAT TIBA...Omar al-Bashir setibanya di Khartoum dari Johannesburg pada 15 Jun 2015 selepas mahkamah mengarahkan supaya beliau tidak meninggalkan Afrika Selatan bagi proses penahanannya berhubung dakwaan jenayah perang. – AFP
SELAMAT TIBA…Omar al-Bashir setibanya di Khartoum dari Johannesburg pada 15 Jun 2015 selepas mahkamah mengarahkan supaya beliau tidak meninggalkan Afrika Selatan bagi proses penahanannya berhubung dakwaan jenayah perang. – AFP

Pemimpin veteran Sudan itu pulang ke tanah air melalui Pangkalan Udara Waterkloof pada sekitar jam 1000 GMT, menuju ke Khartoum, ibu negara Sudan.

Beberapa jam kemudian, Hakim Dunstan Mlambo menyetujui dengan permohonan oleh kumpulan hak asasi manusia menggesa bagi penahanan beliau, sambil berkata kegagalan menahan Bashir adalah bertentangan dengan perlembagaan.

“Para responden sepatutnya bertanggungjawab mengambil langkah tegas untuk menahan Presiden Bashir,” kata Mlambo.

Peguam kerajaan William Mokhari berkata Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri akan menyiasat kenapa Bashir dibenarkan terbang keluar dari negara tersebut.