Basikal tua mencuri perhatian

Basikal tua mencuri perhatian

Oleh Norizan Murshid

 

TUTONG – Sekali air sungai melimpah, sekali pasirnya pun berubah. Begitulah falsafah yang sering diperkatakan dan menjadi bualan.

Begitulah juga dengan kehidupan manusia, bilamana dibandingkan kehidupan masa dahulu dengan zaman sekarang.

Suatu ketika dahulu, basikal digunakan sebagai kenderaan untuk bergerak ke tempat kerja ataupun untuk membawa barang.

Di bahagian belakang atau depan basikal diletakkan bakul atau tempat untuk menyimpan barang.

Basikal tua menyimpan satu nostalgia yang sangat berharga.
Basikal tua menyimpan satu nostalgia yang sangat berharga.

Basikal tua atau basikal lama ini (lihat gambar)  digantung oleh pemiliknya sebagai bahan hiasan di gerai nasi campur di Kampung Pengkalan Mau, Jalan Kuala Abang, Tutong.

Basikal Tua ini telah menarik perhatian pelanggan yang berhenti membeli nasi campur digerai yang kebetulan terletak hampir dengan jalan.

ARTIKEL YANG SAMA