BASKIM meriahkan Syawal dengan kunjungan raya

BASKIM meriahkan Syawal dengan kunjungan raya

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 10 Julai – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, seramai 30 orang ahli Badan Kebajikan Saudara-saudara Baru (BASKIM) telah berkunjung ke rumah Penasihat BASKIM, Haji Umarali bin Esong di Kampung Kiudang, Tutong, baru-baru ini.

Acara berkunjung ke rumah Penasihat BASKIM pada Hari Raya pertama merupakan salah satu acara lazim yang sering diadakan pada bulan Syawal setiap tahun.

Menurut salah seorang ahli BASKIM, pada setiap malam Syawal, ahlinya juga mengadakan acara bertakbir rumah ke rumah sebagai tanda rasa kesyukuran mereka kerana berjaya menunaikan ibadah puasa di samping menjalinkan ukhuwah silaturahim dalam kalangan ahlinya.

Sambutan Hari Raya di rumah Penasihat BASKIM, Kampung Kiudang.
Sambutan Hari Raya di rumah Penasihat BASKIM, Kampung Kiudang.
Ahli-ahli BASKIM mengadakan acara bertakbir rumah ke rumah pada malam bulan syawal.
Ahli-ahli BASKIM mengadakan acara bertakbir rumah ke rumah pada malam bulan syawal.

ARTIKEL YANG SAMA