BASKIM raikan Israk Mikraj

BASKIM raikan Israk Mikraj

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 29 Mei – Kira-kira 100 ahli Badan Kebajikan Saudara-saudara Baru Kampung Kiudang Tutong (BASKIM) menghadiri Majlis Sambutan Israk Mikraj yang berlangsung di rumah Penasihat BASKIM, Haji Umarali bin Esong.

Turut hadir Penghulu Mukim Kiudang, Haji Abdul Rahim bin Abdullah Yakin serta pegawai-pegawai dari Unit Dakwah Daerah Tutong.

Majlis anjuran bersama Pusat Dakwah Islamiah Daerah Tutong diisikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong, Pengiran Haji Jufri bin Pengiran Haji Hidup yang antara lain menekankan tentang pentingnya umat Islam untuk menjaga ibadah solat dan sentiasa mengingati sejarah Israk dan Mikraj sebagai pedoman dan memperkukuhkan keimanan serta ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Majlis juga diselajurkan dengan bacaan tahlil dan doa arwah serta penyampaian cenderamata bagi meraikan saudara-saudara baru yang baru memeluk agama Islam dan sumbangan kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada peserta bertadarus rumah ke rumah BASKIM sepanjang bulan Ramadan.

Haji Abdul Rahim menyampaikan cenderamata kepada salah seorang saudara baru.
Haji Abdul Rahim menyampaikan cenderamata kepada salah seorang saudara baru.

ARTIKEL YANG SAMA