Basso ucap selamat tinggal kepada LTdF

Basso ucap selamat tinggal kepada LTdF

PAU, Perancis, 14 Julai (AFP) – Penunggang dari Itali Ivan Basso terpaksa meninggalkan Jelajah Perancis (LTdF) selepas mendedahkan bahawa dia mengalami kanser testis semalam.

Bekas pemenang Giro d’Italia dua kali itu dijadualkan menjadi penunggang bantuan utama bagi salah seorang penunggang pilihan Alberto Contador pada peringkat pergunungan yang bermula hari ini.

Tetapi sebaliknya penunggang berusia 37 tahun itu – yang sebelumnya menjalani penggantungan dadah selama dua tahun – berkata dia kembali ke Itali untuk mendapatkan rawatan.

“Malangnya saya memiliki pengumuman teruk untuk disampaikan kepada anda,” kata Basso di hotel pasukan Tinkoff-Saxo di Pau pada hari rehat Jelajah semalam.

Dalam peringkat kelima saya mengalami sedikit kemalangan dan kemalangan itu menyentuh testis saya.

Ivan Basso (kanan) memeluk kaptennya Alberto Contador selepas mengumumkan penyakitnya di Pau, selatan Perancis semalam. – AFP
Ivan Basso (kanan) memeluk kaptennya Alberto Contador selepas mengumumkan penyakitnya di Pau, selatan Perancis semalam. – AFP

“Selama beberapa hari saya merasakan kesakitan. Semalam (Ahad) doktor kami bercakap bersama doktor Jelajah dan kami memutuskan untuk membuat analisis khas ke hospital. Uji kaji memberikan saya berita buruk: “Saya mempunyai barah kecil di testis kiri.

“Jadi mudah untuk memahami bahawa saya perlu berhenti dan kembali ke Itali. Doktor kami sudah berhubung dengan pakar di Itali untuk menentukan pembedahan secepat mungkin.

“Saya tidak dapat menyatakan kepada anda butiran lanjut kerana kami menemui perkara ini dua jam yang lalu, jadi hanya itu saja.

“Saya perlu keluar tetapi saya mahu memberikan sokongan kepada kapten kami (Contador) untuk terus dengan jersi kuning di Paris dan mahu menyatakan terima kasih kepada pasukan kerana sokongan mereka dalam keadaan ini dan seluruh pertubuhan Jelajah dan kaki tangan perubatan.”

Contador yang dalam emosi berkata berita itu menjejaskannya secara peribadi dan pasukan. “Ia adalah hari sukar bagi seluruh pasukan: kami tidak pernah membayangkan sesuatu seperti ini,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA