Bataclan Paris dibuka tahun depan

Bataclan Paris dibuka tahun depan

PARIS, 2 Dis (AFP) – Dewan konsert Bataclan di Paris, tempat 90 orang terkorban oleh kumpulan jihad pada 13 November, akan dibuka semula menjelang hujung tahun depan, dua pemiliknya memberitahu akhbar Perancis hari ini.

Olivier Poubelle dan Jules Frutos, yang menempah acara itu dan memiliki satu pertiga daripada teater serta beberapa tempat muzik lain sekitar bandar Perancis, memberitahu Le Monde mengenai kekecewaan mereka berhubung serangan itu.

“Dua rakan kami meninggal dunia. Mereka adalah profesional muzik yang rapat dengan kami. Yang lain cedera parah.

Saya tidak berada di dalam teater pada ketika itu dan saya memikirkan tentangnya setiap masa,” kata Poubelle.