Batal gugur dakwaan bunuh ke atas Mubarak

Batal gugur dakwaan bunuh ke atas Mubarak

KAHERAH, 4 Jun (AFP) – Mahkamah Rayuan Mesir hari ini membatalkan keputusan untuk menggugurkan dakwaan membunuh ke atas bekas presiden Hosni Mubarak berhubung kematian beratus-ratus orang pembantah ketika kebangkitan pada 2011.

Mahkamah tersebut menerima rayuan pendakwa raya menentang pengetepian dakwaan membunuh ke atas Mubarak, yang pada awalnya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Setakat ini masih belum jelas jika pembatalan tersebut juga membabitkan tujuh fedendan bersama Mubarak – termasuk bekas Menteri Dalam Negeri Habib al-Adly – yang dibebaskan pada November.

Mahkamah “menerima rayan pendakwa raya dan menetapkan tarikh 5 November depan untuk kajian semula kes itu,” Hakim Anwar El-Gabry mengumumkan demikian.

Pada 2012, sebuah mahkamah menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas Mubarak berhubung kematian lebih 800 pembantah ketika revolusi 2011.

Gambar bertarikh 4 Mei 2015 menunjukkan bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak memerhati keluar dari biliknya di Hospital Tentera Maadi di Kaherah. – AFP
Gambar bertarikh 4 Mei 2015 menunjukkan bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak memerhati keluar dari biliknya di Hospital Tentera Maadi di Kaherah. – AFP

Mahkamah Rayuan kemudian mengubah hukuman itu atas alasan teknikal fan mengarahkan perbicaraan semula.

Pada November 2014 mahkamah menggugurkan dakwaan membunuh ke atas Mubarak, yang memerintah Mesir selama tiga dekad sehingga beliau disingkirkan daripada kuasa berikutan kebangkitan demokratik pada 2011 yang melanda seluruh negara berkenaan.

Keputusan tersebut mencetuskan kemarahan di kalangan pembangkang, yang menjadi sasaran gerakan keras oleh pihak berkuasa sejak penyingkiran oleh tentera bekas presiden Mohamed Morsi in pada Julai 2013.