Batal kilang tenaga nuklear

Batal kilang tenaga nuklear

HANOI, Vietnam, 10 Nov – Kerajaan Vietnam sedang membatalkan rancangan untuk membina dua kilang tenaga nuklear yang pertama bagi negara itu, memetik permintaan lemah bagi elektrik dan harga merosot bagi sumber tenaga lain, lapor media kerajaan hari ini.

Akhbar Tuoi Tre yang dikawal kerajaan berkata Perhimpunan Kebangsaan akan meratifikasikan keputusan kerajaan itu bulan ini.

Dalam 2009, perhimpunan meluluskan pembinaan dua kilang tenaga nuklear dengan kapasiti gabungan sekitar 4,000 megawatt.

Satu kontrak untuk membina kilang pertama telah diberikan kepada syarikat-syarikat dari Rusia dan satu untuk kilang kedua yang diberikan kepada kilang-kilang dari Jepun.

Pembinaan itu pada awalnya dijadualkan bermula pada 2014, namun telah tertangguh beberapa kali. Pada awal 2014, kerajaan menekan semula pembinaan kilang itu pada tahun 2020.

Akhbar memetik Duong Quang Thanh, ketua Kumpulan Elektrik Vietnam milik kerajaan, yang akan membayar bagi kilang itu, sebagai berkata, negara mereka bukan berdaya maju dari segi ekonomi kerana sumber tenaga elektrik lain yang lebih murah.

Thanh berkata apabila kilang itu diluluskan pada 2009, kerajaan telah mengunjurkan pertumbuhan permintaan tenaga sekitar 17-20 peratus setahun, namun ia telah diubah kepada 11 peratus pada 2016-2020 dan 7-8 peratus pada 2021-2030.

“Pada masa ini, pertumbuhan permintaan tenaga tidak tinggi, sementara sumber tenaga yang diimport dan dihasilkan tempatan adalah mencukupi bagi pembangunan ekonomi-sosial. Terutamanya, harga sumber tenaga import sekarang lebih murah,” katanya.

“Tenaga nuklear, bagaimanapun, secara ekonominya tidak dapat bersaing dengan sumber tenaga lain.” – AP

ARTIKEL YANG SAMA