Bateri automotif Hitachi lebih tahan lama

Bateri automotif Hitachi lebih tahan lama

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Borneo Technical Co (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengedarkan pelbagai produk selepas pasaran bagi automotif dan motosikal untuk jenama-jenama terkenal dan bahan industri, sudah beroperasi lebih 40 tahun di Malaysia telah diberi kepercayaan oleh Hitachi Chemical Asia-Pacific Pte Ltd (HCAP) untuk menjadi pengedar bateri Hitachi.

Hadir bagi menandatangani perjanjian lantikan Borneo Technical menjadi pengedar bateri ini bagi pihak HCAP ialah Pengarah Urusannya, Shigeru Fujita sementara Borneo Technical telah diwakili oleh Presidennya, Takuya Hirano. Jackie MK Chuah, Pengurus Besar/Pengarah, Bahagian Jualan & Pemasaran, Hitachi Chemical Asia-Pacific Pte Ltd dan YK Chow, Naib Presiden Borneo Technical telah menjadi saksi upacara menandatangani perjanjian itu.

Menurut Fujita dari HCAP, syarikatnya percaya bahawa terdapat potensi yang amat besar untuk kejayaan produk bateri automotif Hitachi dalam pasaran Malaysia.

“Malaysia mempunyai salah satu pasaran terbesar kenderaan bermotor di rantau ASEAN. Terdapat lebih daripada 20 juta kereta dan kenderaan bermotor lain di negara ini pada masa kini. Nombor ini akan terus meningkat di samping ekonomi yang berkembang di mana lebih ramai orang mampu membeli kereta.

“Ini merupakan petanda yang baik untuk kami dan kami amat berbesar hati kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Borneo Technical. Syarikat itu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pasaran tempatan, pengalaman serta rangkaian pengedar yang luas untuk menyokong produk kami,” kata Fujita.

Kiri-kanan: Naib Presiden Borneo Technical, YK Chow; Pengarah Urusan Hitachi Chemical Asia-Pasifik Pte Ltd, Shigeru Fujita; Presiden Borneo Technical Co (M) Sdn Bhd, Takuya Hirano dan Pengurus Besar /Pengarah, Jualan dan Pemasaran, Hitachi Chemical Asia-Pasifik Lte Ltd, Jackie MK Chuah bersama bateri kereta Hitachi yang baru dilancarkan.
Kiri-kanan: Naib Presiden Borneo Technical, YK Chow; Pengarah Urusan Hitachi Chemical Asia-Pasifik Pte Ltd, Shigeru Fujita; Presiden Borneo Technical Co (M) Sdn Bhd, Takuya Hirano dan Pengurus Besar /Pengarah, Jualan dan Pemasaran, Hitachi Chemical Asia-Pasifik Lte Ltd, Jackie MK Chuah bersama bateri kereta Hitachi yang baru dilancarkan.

Beliau menambah bahawa HCAP adalah optimistik untuk Hitachi menjadi peneraju dalam sektor bateri selepas pasaran/gantian di Malaysia, terutamanya dalam sektor premium memandangkan bahawa bateri Hitachi berteknologi unggul, berkualiti tinggi dan direka untuk tahan lebih lama.

Bateri automotif Hitachi kini terdapat di pasaran Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dengan Borneo Technical Co (M) Sdn Bhd, ahli Kumpulan Toyota Tsusho, menawarkan jaminan selama dua tahun.

Ini menjadikannya salah satu jaminan yang paling lama, di negara ini. Jaminan dua tahun ini adalah untuk siri MFX, iaitu sirinya yang paling canggih.

Bateri Hitachi yang termasuk siri ES diimport sepenuhnya. Dengan slogan ‘direka untuk tahan lebih lama’, bateri Hitachi bebas daripada penyelenggaraan, berkualiti tinggi dan dibina dengan 100% teknologi Jepun untuk menawarkan kebolehpercayaan, harga nilai berpatutan dan ketenangan minda kepada pemilik kereta.

Sementara itu, Hirano dari Borneo Technical berkata, “Kami baru selesai menjalankan sebuah siri jelajah yang berjaya di seluruh negara bagi wakil-wakil penjual menjelang pelancaran bateri ini. Kami telah mendapat sambutan yang hangat dan amat memberangsangkan daripada wakil-wakil penjual tersebut. Kesemuanya teruja menerima peluang menjual produk berkualiti premium ini kepada pelanggan mereka.

“Kami komited untuk menjayakan pelancaran rangkaian bateri automotif Hitachi ini dan kami mempunyai pelan untuk memastikan kemapanan jualan pada masa depan.”

Hirano juga berkata bahawa sektor selepas pasaran automotif merupakan segmen utama bagi Borneo Technical yang telah diperolehi sepenuhnya oleh Toyota Tsusho Corporation dari Jepun pada tahun 2014.

Rangkaian bateri kereta Hitachi terdapat di lebih 5,000 wakil penjual di seluruh negara. Bateri-bateri ini dikeluarkan oleh kilang Kumpulan Hitachi Chemical di Jepun dan Thailand.