Bateri iPad terbakar di utara Finland

Bateri iPad terbakar di utara Finland

HELSINKI, 15 Sept – Bateri iPad terbakar semalam di pusat membeli-belah di Rovaniemi, utara Finland, memaksa pelanggan untuk keluar dari pusat membeli-belah tersebut, lapor media tempatan.

Menurut Ketua Bomba, Jukka Luostarinen, seorang pelanggan meminta untuk menukar bateri iPad berusia dua tahun di sebuah kedai telefon di pusat membeli-belah Revontuli, kerana bateri itu tidak berfungsi dengan baik, kata akhbar harian Finland, Helsingin Sanomat.

Apabila penjual mula menggantikan bateri tersebut, ia terbakar. Asap daripada kebakaran itu merebak ke bahagian utama pusat membeli-belah itu.

Akhbar itu berkata, pusat membeli-belah dibuka semula selepas kira-kira setengah jam kemudian. – Xinhua

IPad Pro 9.7“ baru dipamerkan semasa acara khas Apple di ibu pejabat Apple. – AFP
IPad Pro 9.7“ baru dipamerkan semasa acara khas Apple di ibu pejabat Apple. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA