Batshuayi hampir pasti milik Chelsea

Batshuayi hampir pasti milik Chelsea

MARSEILLE, 3 Julai – Penyerang Belgium, Michy Batshuayi yang dilaporkan bakal berpindah dari Marseille untuk menyertai Chelsea di Liga Perdana Inggeris dengan harga STG32.9 juta, mengesahkan bakal meninggalkan kelab Ligue 1 itu semalam.

Marseille sebelum ini meminta pemain berusia 22 tahun itu yang juga penjaring utama kelab berkenaan, tidak membuka mulut berhubung perpindahannya sejak musim lalu sehingga perbincangan antara kedua-dua pihak selesai.

“Ia akan diumumkan secara rasmi esok, saya akan meninggalkan Olympique Marseille pada musim panas ini,” menurut Batshuayi menerusi akaun Twitternya semalam. “Saya mengucapkan terima kasih kepada penyokong OM.

Adalah satu penghormatan buat saya memakai jersi pasukan di Velodrome, stadium yang anda jadikan sebagai terhebat dengan suasana unik di Perancis.

Aksi Batshuayi semasa perlawanan bola sepak suku akhir Euro 2016 antara Wales dan Belgium di Stadi-um Pierre-Mauroy di Villeneuve-d’Ascq. Batshuayi yang dilaporkan bakal berpindah dari Marseille untuk menyertai Chelsea mengesahkan bakal meninggalkan kelab Ligue 1 itu semalam. - AFP
Aksi Batshuayi semasa perlawanan bola sepak suku akhir Euro 2016 antara Wales dan Belgium di Stadi-um Pierre-Mauroy di Villeneuve-d’Ascq. Batshuayi yang dilaporkan bakal berpindah dari Marseille untuk menyertai Chelsea mengesahkan bakal meninggalkan kelab Ligue 1 itu semalam. – AFP

“Saya juga berterima kasih kepada Pengarah di OM atas keyakinan mereka ke atas saya, selain kakitangan kejurulatihan yang banyak membantu kemajuan saya selama ini.”

Batshuayi yang menjaring 17 gol buat kelabnya pada musim lalu, menyertai Olympique Marseille pada nilai 6.5 juta Euro.

Kelab Marseille menduduki tangga ke-13 pada musim lalu. Dia menjaringkan gol buat Belgium selepas dimasukkan sebagai pemain gantian ketika pasukannya itu membenam Hungary, 4-0 pada Ahad lalu.

Dia kini sudah menjaringkan tiga untuk negaranya dalam tujuh penampilan setakat ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA