Batshuayi lebur ego Itali

Batshuayi lebur ego Itali

BRUSSELS, 15 Nov (AFP) – Penyerang Marseille Michy Batshuayi mempamer aksi cemerlang bagi membantu Belgium menundukkan Itali 3-1 di Brussels, kelmarin.

Perlawanan yang diadakan sebagai memperingati tragedi Stadium Heysel 30 tahun lalu dan nama semua 39 mangsa dipaparkan di layar gergasi pada minit ke-39, turut menjadi pengajaran buat Itali menjelang Kejohanan Eropah musim panas depan.

Azzurri gagal beraksi baik di Stadium King Beaudoin walaupun Antonio Candreva berjaya menghasilkan gol pembukaan selepas bola rembatan Graziano Pelle tidak mampu didakap kemas oleh Simon Mignolet.

Candreva sepatutnya mampu menggandakan kelebihan Itali beberapa minit kemudian tetapi Mignolet berjaya menepis cubaan pemain sayap Lazio itu. Kegembiraan Itali tidak bertahan lama.

Michy Batshuayi meraikan jaringan semasa menentang Itali dalam aksi persahabatan di Stadium Baudoin King, Brussels kelmarin. – Reuters
Michy Batshuayi meraikan jaringan semasa menentang Itali dalam aksi persahabatan di Stadium Baudoin King, Brussels kelmarin. – Reuters

Tidak seorangpun pemain pertahanan Itali berada dekat dengan pemain Tottenham Jan Vertonghen yang mudah menanduk masuk sepakan sudut ketika Gianluigi Buffon hanya memandang tanpa dapat melakukan apa-apa pada minit ke-12. Penyerang Manchester City Kevin De Bruyne memberikan pendahuluan buat Belgium pada minit ke-74 sebelum Batshauyi meledak gol ketiga ketika permainan berbaki lapan minit. Belgium mula mengasak selepas rehat dan terus menekan pelawat.

Vertonghen menerima hantaran lintang Romelu Lukaka tetapi rembatannya tersasar dan seminit kemudian, Buffon terpaksa memberikan sepakan sudut buat tuan rumah apabila cubaannya untuk menghantar bola kepada pertahanan, tidak kesampaian.

ARTIKEL YANG SAMA