Battle Pro MMS: Tiada kajian soal selidik dibuat

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Berikutan berita mengenai sebuah syarikat pengurusan acara yang membuat kajian soal selidik dari rumah ke rumah di Kuala Belait baru-baru ini, Battle Pro Marketing and Management Services (Battle Pro MMS), dalam kenyataannya hari ini memaklumkan kepada orang ramai bahawa syarikat itu tidak mengadakan apa-apa kaji selidik dari rumah ke rumah di mana-mana tempat di negara ini, mahupun mengarahkan mana-mana agensi untuk menjalankan kaji selidik bagi pihak syarikat ini.