Bauza: Cakap tak serupa bikin

Bauza: Cakap tak serupa bikin

BUENOS AIRES, 23 Sept – Jurulatih Argentina Edgardo Bauza (gambar) melancarkan serangan terhadap Barcelona susulan kecederaan bintang Lionel Messi menjelang aksi penting dalam kelayakan Piala Dunia menentang Peru dan Paraguay bulan depan.

Messi terpaksa diketepikan selama tiga minggu ekoran kecederaan pangkal paha yang dialami sewaktu Barca terikat 1-1 dengan Atletico Madrid Rabu lalu, sekali gus mengundang kemarahan Bauza.

“Mereka menghantar mesej kepada kami supaya menjaga Messi dengan baik, tetapi mereka (Barca) tidak pula melindunginya. Dia bermain setiap perlawanan.

“Kami pernah beraksi tanpa kelibat Messi dalam usaha mencegah perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

“Bagaimanapun bagi saya selaku jurulatih termasuk rakan sepasukan, ia dianggap sebagai cabaran jika beraksi tanpa bintang ini,” kata Bauza.

Argentina menduduki tangga ketiga dalam kumpulan kelayakan Amerika Selatan ke Piala Dunia, dengan hanya beza satu mata di belakang pendahulu Uruguay.

Mereka bertemu Peru di Lima pada 6 Oktober lalu, sebelum melayani kunjungan Paraguay di Cordoba 11 Oktober lepas.

Hanya empat pasukan terbaik dalam kelayakan Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) hanya akan mara secara automatik ke Piala Dunia Rusia 2018. – AFP