Bawa bekalan untuk angkasawan

Bawa bekalan untuk angkasawan

MIAMI, 18 Julai – Roket SpaceX dilancarkan hari ini menuju Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa, dengan membawa muatan bekalan untuk angkasawan-angkasawan yang tinggal di angkasa lepas, yang termasuklah peralatan untuk membolehkan kapal-kapal angkasa akan datang berlabuh di pangkalan luar orbit.

“Falcon 9 sedang dalam perjalanannya,” kata seorang pengulas di kawalan misi SpaceX ketika roket putih dilancarkan ketika waktu malam dari Cape Canaveral, Florida pada pukul 12:45 pagi.

Kemudian peringkat pertama roket itu telah dengan jayanya melancarkan enjinnya lagi untuk meluncur kembali ke darat di kawasan keras di Cape Canaveral.

Kawalan misi SpaceX bergembira ketika tayangan video langsung memperlihatkan peringkat pertama pendaratan Falcon 9 dengan lancar dan tegak, yang menandakan pendaratan ke kawasan keras kedua untuk SpaceX.

Kali pertama ia berjaya dalam bulan Disember 2015 sebagai sebahagian dari usaha berterusan syarikat itu untuk menggunakan semula bahagian mahal roket daripada membuangnya ke lautan.

 Roket SpaceX Falcon 9 berlepas dari kompleks 40 pelancar angkasa lepas di Cape Canaveral, Florida bersama kapal angkasa lepas Dragon CRS9 pada 18 Julai. – AFP
Roket SpaceX Falcon 9 berlepas dari kompleks 40 pelancar angkasa lepas di Cape Canaveral, Florida bersama kapal angkasa lepas Dragon CRS9 pada 18 Julai. – AFP

“Keseluruhan matlamat ialah untuk menurunkan kos perjalanan angkasa lepas dan pengangkutan angkasa lepas,” kata timbalan presiden kebolehan penerbangan SpaceX, Hans Koenigsmann ketika sidang media selepas pelancaran itu.

kepulangan roket mencetuskan dentuman sonik, menggegarkan bangunan berbatu-batu sekelilingi tapak pendaratan dan mengakibatkan banyak sekali panggilan ke talian kecemasan 9-1-1, menurut laporan media setempat.

Koenigsmann berkata SpaceX telah memberi amaran kepada orang ramai sebelumnya, dan menambah kata dia berharap fenomena ini akan satu hari nanti menjadi kebiasaan seperti dalam era kapal angkasa ulang-alik tiga dekad lalu, yang berakhir dalam tahun 2011.

“Kapal angkasa ulang-alik benar-benar mencirikan jenis dentuman yang boleh dikenali oleh orang ramai, ujarnya.

“Saya berpendapat ia akan menjadi perkara sama akhirnya, apabila orang ramai terbiasa dengan dentuman sonik tertentu ini.” – AFP