Bawa keceriaan kepada pesakit cilik

Bawa keceriaan kepada pesakit cilik

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Sukarelawan IA Salon dan Fun Bee Park hari ini bergabung sekali lagi bagi inisiatif amal tahunan mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Pengarah Artistik IA salon dan Fun Bee Park Cecilia Lee memilih Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha sebagai destinasi kempen amal yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi suasana lebaran terutama dalam kalangan pesakit di sana.

Kira-kira 65 hamper yang berisi permainan lembut, tuala khas, alat tulis, sarung kaki, lampu bacaan kecil, set loom band diagih-agihkan kepada kanak-kanak di beberapa buah wad di Blok Wanita dan kanak-Kanak RIPAS.

Selain daripada kumpulan berkenaan turut mengagihkan hamper kepada pesakit di Unit Jagaan rapi, Wad kanak-kanak dan Wad Bersalin selain berpeluang beramah mesra dengan warga kerja di hospital itu. Hadir menyampaikan hamper bagi pihak IA Salon ialah pemiliknya Ti Siew Leong dan bagi pihak Fun Bee Park pula Hajah Mariam Hashim.

Penyampaian sumbangan oleh Pemilik Fun Bee Park.
Penyampaian sumbangan oleh Pemilik Fun Bee Park.
Pemilik IA Salon menyampaikan sumbangan di majlis itu.
Pemilik IA Salon menyampaikan sumbangan di majlis itu.

Ketika ditemui Cecilia Lee menyatakan ia suatu pengalaman yang indah apabila melihat senyuman di wajah para penerima.

“Kami berterima kasih atas sumbangan yang diterima bagi menjayakan program ini termasuk kepada beberapa syarikat seperti BR Elite, Simpor Pharma, Soon Hong Hardware, DJ Mei Ting (RTB) dan beberapa keluarga yang menghulurkan sumbangan,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA