Bawa keluarga ke Lego Land

Bawa keluarga ke Lego Land

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Tuah memihak kepada Dayang Zulaikha binti Haji Mohd Yusoof apabila dipilih sebagai pemenang hadiah utama dalam Cabutan Bertuah Pokka Extravaganza yang julung-julung kalinya diadakan.

Dalam majlis penyampaian hadiah, semalam, Dayang Zulaikha yang berusia 17 tahun membawa pulang pakej pelancongan keluarga ke Lego Land, yang termasuk tiket dan tempat penginapan Lego Land sumbangan Cataleya Trading Company selaku pengedar utama minuman teh lemon ais jenama Pokka di Brunei.

Hadir menyampaikan hadiah ialah Pengurus Pentadbiran Cataleya, Apple Lo dan Pengurus Jualan Cataleya, Tony Jong.

Turut hadir ialah Eksekutif Kanan Divisyen Jualan Antarabangsa Pokka International Pte Ltd dari Singapura, Snow Luo yang turut serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang lain.

Dayang Zulaikha bersama keluarganya dan warga Cataleya ketika menerima hadiahnya pada majlis itu.
Dayang Zulaikha bersama keluarganya dan warga Cataleya ketika menerima hadiahnya pada majlis itu.

Sembilan pemenang lain yang menerima hadiah di majlis itu ialah Awang Muhd Danial Syafi bin Muhd Fadhli (McBook Air), Ruhil Alina Haji Sanny (iPhone 6), Hajah Badeeah binti Haji Saban (Apple Watch), Dayang Zainab binti Kadir (GoPro Hero 4), Awang Mohd Nur Ariff bin Haji Adnawi (Sony PS4), Janah Omar (Peti Sejuk Sharp), Pengiran Radin Mahmmud bin Pengiran Haji Kahar (Mesin Cuci Sharp) dan Afizac Haji Ahmad (Penggoreng tanpa minyak Phillip).

Selain daripada itu, 10 lagi menerima hadiah sagu hati berupa minuman Pokka.

ARTIKEL YANG SAMA