Bawa kembali Alfa Romeo ke Formula Satu

Bawa kembali Alfa Romeo ke Formula Satu

MARANELLO, Itali, 15 Dis (Agensi) – Ketua eksekutif Fiat Chrysler, Sergio Marchionne berkata syarikat itu berminat untuk membawa semula Alfa Romeo kembali pada persaingan Formula Satu.

Giuseppe Farina dan Juan Manuel Fangio memenangi gelaran dua terawal Formula Satu ketika memandu untuk Alfa Romeo namun syarikat itu telah keluar daripada sukan tersebut sejak tahun 1980an.

Marchionne, yang juga pengerusi Ferrari, berkata “Ia amat menakjubkan bagaimana jenama Alfa Romeo kekal di dalam hati orang. Kerana itulah kami memikirkan untuk kembali ke perlumbaan, sebagai saingan kami, di Formula Satu.”

Jentera Alfa Romeo yang pernah menggegarkan sukan Formula Satu suatu ketika dahulu.
Jentera Alfa Romeo yang pernah menggegarkan sukan Formula Satu suatu ketika dahulu.

Dengan pemandu –pemandu Ferrari Sebastian Vettel dan Kimi Raikonen menyudahkan musim ini di tempat ketiga dan keempat di belakang Mercedes Lewis Hamilton dan Nico Rosberg, Marchionne menuntut bagi kereta yang lebih baik tahun depan.

Dia berkata, “Secara keseluruhan, saya berasa senang, memandangkan di mana kami bermula tahun ini.”

ARTIKEL YANG SAMA