Bawa pembelajaran sains menarik ke perpustakaan

Bawa pembelajaran sains menarik ke perpustakaan

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 24 Mac – Pembelajaran sains di Perpustakaan Kuala Belait lebih menyeronokkan apabila cawangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Belait, hari ini, menjemput beberapa orang kakitangan penyelaras sains dari Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) untuk menghiburkan kanak-kanak sebagai sebahagian daripada aktiviti cuti sekolah.

Mereka mempersembahkan pertunjukan sains dengan menampilkan gas nitrogen cecair kepada kakitangan perpustakaan serta kanak-kanak yang hadir.

Sepanjang persembahan sains itu, pakar perhubungan sains menunjukkan kepada mereka sifat-sifat unik gas nitrogen cecair dan kesannya terhadap barangan harian.

Kanak-kanak ini dapat melihat dengan lebih dekat melihat gas nitrogen cecair, serta menyentuh bola tenis yang dicelup dalam bekas gas yang unik.

Kakitangan OGDC menunjukkan gas nitrogen cecair kepada kanak-kanak di Perpustakaan Kuala Belait.
Kakitangan OGDC menunjukkan gas nitrogen cecair kepada kanak-kanak di Perpustakaan Kuala Belait.

pg08_160325_f

Selain persembahan sains tersebut, kanak-kanak juga dijemput bermain dengan beberapa permainan interaktif dari OGDC, yang menyokong tema aktiviti cuti sekolah perpustakaan iaitu ‘Siuknya Sains’ atau Fun In Science.

Kakitangan dari OGDC akan kembali ke perpustakaan pada 29 dan 31 Mac untuk membawakan persembahan bagi kanak-kanak yang tidak dapat menghadiri acara hari ini.

Seperti setiap penggal cuti persekolahan, DBP Kuala Belait menganjurkan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun, dan remaja dari 12 hingga 20 tahun.

Aktiviti yang bermula pada Sabtu akan terus diadakan sehingga 31 Mac dari jam 9 hingga ke 11:30 pagi. Pada hari terakhir, ‘Pesta Perpustakaan’ bakal diadakan di mana kakitangan perpustakaan akan hadir untuk menyampaikan hadiah kepada mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA