Bawa pulang emas dari Taiwan

Bawa pulang emas dari Taiwan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 13 April – Pemain badminton tempatan telah berjaya memenangi tempat teratas dalam Kejohanan Badminton Morning Cup dan Wu Wen-Ta Memorial 2016 yang telah berlangsung di Taipei, Taiwan baru-baru ini.

Pemain veteran Awang Abdul Gapar Obey dan isterinya Dayang Nurliana Abdullah, telah berjaya membawa pulang pingat emas dalam kejohanan tersebut yang berlangsung selama tiga hari bermula 8 April lalu, manakala dua lagi pemain tempatan Kelly Tan Ling Ling dan James Leung Wai Nyap telah memenangi pingat gangsa bagi perlawanan kategori berpasangan.

Dayang Nurliana Abdullah memberitahu hari ini, pemain-pemain veteran Negara Brunei Darussalam merupakan di antara 1880 peserta dari 15 buah negara yang mengambil bahagian.

Pemenang Pingat Emas Kejohanan Badminton Morning Cup dan Wu Wen-Ta Memorial 2016 di Taiwan, (dari kiri) Awang Abdul Gapar Obey dan isterinya Dayang Nurliana Abdullah serta dua rakan lainnya Kelly Tan Ling Ling dan James Leung Wai Nyap.
Pemenang Pingat Emas Kejohanan Badminton Morning Cup dan Wu Wen-Ta Memorial 2016 di Taiwan, (dari kiri) Awang Abdul Gapar Obey dan isterinya Dayang Nurliana Abdullah serta dua rakan lainnya Kelly Tan Ling Ling dan James Leung Wai Nyap.

Para pemain telah berjuang dalam 2010 permainan sepanjang tiga hari ia diadakan di dua buah tempat di Taipei.

Tuan rumah bagi kejohanan tersebut, Persatuan Badminton China Taipei dan kerjasama Persatuan Badminton Kanan Taiwan, yang diluluskan oleh Persekutuan Badminton Dunia, telah membahagikan kejohanan itu kepada tiga kategori mengikut kumpulan usia iaitu kategori terbuka, amatur dan Honor Guest.

Menurutnya, seramai lapan orang pemain dari negara ini telah menyertai kejohanan tersebut yang berlawan dalam kategori amatur dan telah berjaya memenangi pingat emas dan gangsa bagi kumpulan veteran secara beregu.

ARTIKEL YANG SAMA