Bawa pulang hadiah lumayan

Bawa pulang hadiah lumayan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 April – Tiga pelanggan bertuah telah membawa pulang hadiah lumayan apabila terpilih sebagai pemenang teratas dalam pra cabutan bertuah Pepsi Bonanza bagi bulan pertama yang berlangsung di Pasar Raya Freshco, Seri Complex, Batu Satu, di sini, petang tadi.

Pada majlis itu, Dayang Norhafizah binti Haji Lamit membawa balik Apple iPad Mini 4 selaku pemenang utama, manakala itu, Awang Muhd Salman bin Mazalan dan Dayang Normasjidah binti Haji Nayan masing-masing memenangi komputer riba Acer Aspire dan TV LED AIFA Ultra HD 49 inci.

Hadiah-hadiah berkenaan disampaikan oleh Pengurus Besar Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Valentine Hon.

Sementara itu, tujuh orang pelanggan lainnya yang terpilih untuk menyertai cabutan berkenaan, tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima hadiah sagu hati yang disampaikan oleh Pengurus Pemasaran dan Jualan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Kevin Robin Jon.

Terdahulu, 10 peserta yang terpilih berkenaan telah dicabar dalam permainan mini meniup belon, di mana tiga peserta pertama yang meniup belon hingga pecah memenangi hadiah sampingan.

Sepuluh pemenang bertuah yang berjaya memenangi pra-cabutan bertuah Pepsi Bonanza bergambar ramai bersama pihak pengurusan Kingston Beverage & Creamery.
Sepuluh pemenang bertuah yang berjaya memenangi pra-cabutan bertuah Pepsi Bonanza bergambar ramai bersama pihak pengurusan Kingston Beverage & Creamery.

Tujuh orang peserta yang tidak memenangi cabaran pertama kemudiannya diberikan cabaran kedua yang digelar ‘Cut the Shape’ di mana peserta diminta menggunting kertas yang diberikan mengikut bentuk botol Pepsi dan gambar hadiah utama.

Tiga orang yang mengunting dengan baik, hampir serupa dan tercepat juga memenangi hadiah sampingan.

Sekali lagi pra-cabutan bertuah akan diadakan sebelum cabutan bertuah utama yang keseluruhannya menawarkan hadiah-hadiah gajet bernilai lebih kurang $40,000 untuk dimenangi.

Walau bagaimanapun, pemenang bulanan tidak akan berkelayakan untuk mengikuti pra-cabutan bertuah seterusnya dan begitu juga cabutan bertuah utama. Promosi Pepsi Bonanza 2016 ini berlangsung dari 15 Mac hingga 31 Mei 2016.

Untuk menyertai promosi ini orang ramai hanya perlu membeli minuman botol 1.5L sama ada Pepsi, Pepsi Twist, 7up, 7up Revive, Mirinda Orange, Mirinda Strawberry, Mirinda Green Apple atau Mirinda Green Fruit kemudian masukkan dua pelekat bersama borang penyertaan yang lengkap diisi ke dalam kotak-kotak yang disediakan.

Orang ramai juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan restoran makanan segera dan panggung wayang yang mengikuti promosi ini dengan membeli set hidangan atau kombo.

ARTIKEL YANG SAMA