Bawa pulang Mercedes C-Class

Bawa pulang Mercedes C-Class

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Seorang pelanggan bertuah Bank Standard Chartered (SCB) memandu pulang sebuah kereta Mercedes C-Class apabila tuah memihak kepadanya dalam Cabutan Bertuah Pertengahan Tahun SCB, yang berlangsung di Bilik Pameran Jati Transport, Gadong, di sini, hari ini.

Kereta mewah itu menjadi milik Dayang Himesadeja binti Adenan/Adinin apabila beliau berjaya menghidupkan kereta berkenaan, manakala itu, sembilan orang lagi pelanggan yang terpilih menyertai cabutan berkenaan juga pulang dengan hadiah menarik berupa baucar membeli-belah Hua Ho bernilai $200.

SCB dalam kenyataannya menyatakan bahawa mereka terus menerus memberi ganjaran kepada pelanggannya dalam cabutan utama sempena promosi cabutan bertuah pertengahan tahun.

Seramai 10 orang pelanggan terpilih dalam cabutan utama berkenaan, mereka adalah yang menyertai cabutan dengan setiap $50 yang dibelanjakan menggunakan kad kredit mereka ketika tempoh promosi. Pelanggan yang membeli-belah dalam ketika tempoh promosi itu mendapat dua peluang cabutan untuk setiap $50 yang dibelanjakan.

Dayang Himesadeja membawa pulang kereta Mercedes C-Class setelah berjaya menghidupkan kereta berkenaan.
Dayang Himesadeja membawa pulang kereta Mercedes C-Class setelah berjaya menghidupkan kereta berkenaan.

Ketua Perhubungan Pelanggan SCB, Eng Siok Tin, dipetik sebagai berkata, “Sebagai bank antarabangsa utama dalam pasaran, kami percaya bahawa kami mempunyai peranan besar dalam memberikan produk yang terbaik untuk pelanggan tetap kami.

“SCB akan terus mengadakan promosi dengan ganjaran menarik sebagai usaha berterusan untuk sentiasa memberi produk yang baru dan terbaik kepada pelanggan,” tambah beliau.

ARTIKEL YANG SAMA