Bawa pulang pingat dari seberang

Bawa pulang pingat dari seberang

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Dis – Majlis Lumba Perahu dan Kayak Kampung Lurung Dalam baru-baru ini telah menyertai perlumbaan kayak dan Stand Up Paddle (SUP) di Pesta Karnival Pelancongan Labuan.

Kejohanan itu disertai seramai lapan peserta dan pengurus pasukan yang mana dalam Kategori Kayak Double Lelaki 200m, pasangan dari Pasukan Brunei B, Awang Mohd Sharif bin Ariffin dan Awang Asri bin Haji Ismail muncul sebagai juara dengan catatan terpantas 0:55:07 saat.

Tempat kedua disandang oleh Pasukan Borneo Kayak dari Sabah dengan catatan masa 0:59:07 saat manakala tempat ketiga diraih oleh Pasukan Brunei C, iaitu Awang Mohd Shaminan yang berpasangan dengan Awang Ariffin bin Haji Zainal dengan catatan masa 0:59:65.

Sementara dalam Kategori Kayak Mix Double pasukan dari Brunei juga merangkul tempat pertama dan kedua manakala tempat ketiga diraih oleh Pasukan UMSKL ‘A’

Penaung Majlis Lumba Perahu dan Kayak Kampung Lurung Dalam, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz (tengah) bergambar ramai bersama anggota Pasukan Kayak Kampung Lurung Dalam.
Penaung Majlis Lumba Perahu dan Kayak Kampung Lurung Dalam, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz (tengah) bergambar ramai bersama anggota Pasukan Kayak Kampung Lurung Dalam.

Dalam acara Stand Up Paddle(SUP) Terbuka, Awang Ariffin bin Haji Zainal dinobatkan sebagai juara manakala tempat kedua milik kepada pasukan dari Sabah dan menduduki tempat ketiga ialah dari Brunei, Awang Mohd Sharif.

Dalam acara Stand Up Paddle Remaja, peserta dari Brunei, Awang Mohd Arjun bin Zaim menduduki tempat ketiga manakala johan dimenangi oleh peserta tuan rumah dari Labuan dan tempat kedua juga peserta dari Labuan.

Seramai 55 peserta mengambil bahagian dalam Karnival Pelancongan itu.

ARTIKEL YANG SAMA