Bawa pulang sebuah kereta

Bawa pulang sebuah kereta

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept. – Dayang Lestari, isteri kepada Awang Ahmad Khairon sujud syukur apabila memenangi sebuah kereta Hyundai Accent Hatchback ketika cabutan bertuah promosi ‘Celebrate Raya Happiness with Samsung, yang berlangsung di Kompleks Membeli-belah The Mall, Gadong, di sini, petang ini.

Seramai 30 pemenang bertuah bagi promosi tersebut menerima hadiah-hadiah menarik di Majlis Penyampaian Hadiah yang mengambil tempat di Pameran Pengguna Mudah Alih 2015, di The Mall, Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Ahli Lembaga Pengarah DST, Awang Abdul Latiff bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof yang juga turut menyampaikan hadiah kepada lima pemenang teratas termasuk pemenang hadiah utama.

Promosi tersebut diadakan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, bertujuan untuk menganugerahkan pelanggan yang membeli peralatan Samsung di antara 10 Jun hingga 31 Ogos yang lalu.

Dayang Lestari dan keluarga bergambar bersama kereta yang baru dimenangi.
Dayang Lestari dan keluarga bergambar bersama kereta yang baru dimenangi.

Para pelanggan yang membeli peralatan Samsung pada tarikh tersebut di atas $200 dalam satu resit di mana-mana cawangan DST Incomm melayakkan diri untuk menyertai cabutan bertuah itu.

Lima hadiah utama itu terdiri daripada sebuah kereta Hyundai Accent Hatchback, TV Samsung Curved UHD 65 inci, TV Samsung UHD 55 inci, Samsung Galaxy S6 (32GB) dan Samsung Galaxy Note Pro 12.2 inci.

Hadiah kepada 25 pemenang yang lain pula disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Haji Marsad bin Haji Ismail dan Pegawai Kanan DSTIncomm, Awang Mohd Noh Koya.

ARTIKEL YANG SAMA