‘Bawa Saya Melancong’

‘Bawa Saya Melancong’

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – Bank Baiduri kini sedang mengadakan Promosi ‘Bawa Saya Melancong’ yang menawarkan rebet lima peratus kepada pemegang kad Debit UnionPay Baiduri bagi semua transaksi, termasuk bayaran pengeluaran wang menerusi ATM dan pembelian di negara-negara tertentu di Asia Tenggara.

Menurut kenyataan Bank Baiduri, menerusi promosi yang telah dilancarkan pada 19 Oktober lalu ini, pemegang kad boleh berjimat ketika bercuti di Singapura, Malaysia, Thailand, Laos, Myanmar, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

Selain daripada itu, pemegang kad juga layak menerima pelbagai kelebihan-kelebihan lain di destinasi-destinasi luar negara termasuk Thailand, Singapura, Malaysia dan Indonesia, antaranya diskaun di tempat membeli-belah terkenal serta tawaran hotel.

Menurut kenyataan Bank Baiduri, hari ini, faedah di Thailand termasuk tawaran-tawaran di Siam Paragon dan Siam Centre Duration, Gourmet Market, Home Fresh Mart dan Villa Market, Ratchaprasong Shopping District, Central World serta Thavorn Palm Beach Resort & Spa Phuket.

Di Singapura, pemegang kad boleh mendapat diskaun dan tawaran eksklusif di bebe, Greg Norman, Sentosa Harbourfront, High Society Café, butik-butik Lacoste, TANGS serta beberapa tawaran hotel.

Tawaran di Malaysia termasuk, diskaun-diskaun di Pavilion, Parkson, Grand Lexis Port Dickson dan Pusat Membeli-Belah Suria KLCC, manakala itu, di Indonesia merangkumi tawaran eksklusif di Pusat Membeli-Belah Kuta Beachwalk.

Terma-terma dan syarat bagi promosi ini boleh dilihat menerusi laman sesawang Bank Baiduri di alamat www.baiduri.com atau aplikasi mudah alih Baiduri Dewan pada bahagian promosi.

Untuk mengetahui promosi dan acara-acara terbaru Baiduri, orang ramai juga boleh mengikuti akaun Facebook (Baiduri Bank Group) atau Instagram dan Twitter (@baiduribank) Bank Baiduri.

ARTIKEL YANG SAMA