Bayar $600, lelaki Filipina terlepas hukuman penjara

Bayar $600, lelaki Filipina terlepas hukuman penjara

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160701_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Seorang lelaki warga Filipina terlepas daripada dijatuhi penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini, selepas membayar denda $600 atas kesalahan memiliki minuman keras yang tidak diisytiharkan.

Allan Casilla Bacani, 38, mengaku bersalah di hadapan Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman kerana memiliki lima botol dan 29 tin minuman keras tanpa permit di kediamannya di Jalan Mulaut Kilanas, pada 25 Jun 2016.

Kertas pertuduhan menyebut, pegawai pencegah kastam yang membuat pemeriksaan ke atas rumah defendan menemui minuman keras itu dalam peti sejuk, bilik tidur dan dalam baldi.

Defendan mengaku membeli minuman keras itu di Limbang untuk dirinya dan juga untuk dijual.

Pegawai Pendakwa Kastam memaklumkan mahkamah, duti eksais untuk membawa masuk minuman keras itu ialah $80.

ARTIKEL YANG SAMA