Bayar denda elak dipenjara

Bayar denda elak dipenjara

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac – Seorang lelaki tempatan terlepas daripada dipenjarakan selama dua bulan apabila membayar denda $2,500 yang dijatuhi Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan memiliki rokok yang tidak diisytiharkan.

Mohammad Khalil Syaffiq bin Haji Ahmad Sufri, 21, mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain atas dakwaan memiliki enam karton dan sembilan paket rokok pelbagai jenama pada 25 Februari 2016.

pg06_160329_mahkamah logo2

Dia didakwa memiliki rokok-rokok itu ketika ditahan oleh pegawai pemeriksa kastam di Pos Kawalan Kastam Kuala Lurah.

Rokok-rokok itu ditemui disembunyikan di bawah tempat duduk pemandu dan penumpang depan.

Defendan mengaku kesemua rokok itu miliknya dan juga rakannya di mana eksais duti yang seharusnya dibayar oleh defendan untuk membawa masuk kesemua rokok itu ialah $325.

ARTIKEL YANG SAMA