Bayaran pampa...

Bayaran pampasan skandal VW diluluskan

SAN FRANCISCO, 15 Feb – Seorang hakim persekutuan di San Francisco memberikan kelulusan awal semalam kepada satu perjanjian bernilai sekurang-kurangnya AS$1.2 bilion yang bertujuan membayar pampasan kepada pemilik kira-kira 78,000 buah Volkswagen dengan enjin 3-liter yang dibelenggu dengan penipuan mengenai ujian pengeluaran.

Syarikat itu sebelumnya bersetuju untuk membelanja sehingga AS$10 bilion untuk membayar pampasan kepada pemilik kira-kira 475,000 kenderaan Volkswagen dan Audi dengan enjin diesel 2-liter, sebahagian besar daripada kenderaan yang terbabit dalam skandal penipuan pengeluaran Volkswagen.

Hakim Daerah AS Charles Breyer mengucapkan tahniah kepada peguam untuk Volkswagen dan pemilik kereta sebelum memberikan kelulusan awal kepada perjanjian lebih kecil yang membabitkan pemilik Volkswagen, Audi dan Porsche. Beliau berkata penyelesaian adalah rumit dan didorong oleh kebimbangan ekonomi dan alam sekitar.

Perjanjian itu menawarkan wang pampasan bernilai beribu-ribu dolar kepada pemilik kereta individu selain daripada pembelian balik atau kerja-kerja membaiki. “Penyelesaian ini menandakan satu peristiwa penting dalam usaha Volkswagen untuk membetulkan keadaan di Amerika Syarikat,” kata Robert Giuffra, peguam yang mewakili syarikat.

Pemilik 20,000 model 3-liter pada tahun 2009-2012 yang tidak boleh diselesaikan untuk memenuhi standard pencemaran akan ditawarkan pembelian balik atau tukar beli. Mereka juga akan menerima pampasan daripada AS$7,755 hingga AS$13,880, menurut peguam yang mewakili pemilik kereta.

Hakim persekutuan di San Francisco memberikan kelulusan kepada satu perjanjian bernilai sekurang-kurangnya AS$1.2 bilion bagi pampasan kepada mangsa skandal diesel Volkswagen. – AFP
Hakim persekutuan di San Francisco memberikan kelulusan kepada satu perjanjian bernilai sekurang-kurangnya AS$1.2 bilion bagi pampasan kepada mangsa skandal diesel Volkswagen. – AFP

Orang yang membeli 58,000 kereta lebih baru akan menerima pampasan berjumlah AS$7,039 hingga AS$16,114. Jika VW tidak dapat menyelesaikan kereta lebih baru sehingga memuaskan pengatur, maka peguam pemilik dijangka kembali ke mahkamah untuk mendapatkan pembelian balik. Ia mungkin menambah nilai perjanjian untuk enjin 3-liter kepada AS$4 bilion.

Kelulusan awal membenarkan pengguna menimbang mengenai perjanjian tersebut dan mendapat maklumat di Internet sama ada mereka mempunyai kenderaan yang layak dan jumlah pampasan yang dijangka diterima. Breyer menetap 11 Mei untuk pertemuan mengenai kelulusan muktamad.

Volkswagen kini telah menyelesaikan kebanyakan tuntutan pengguna AS yang berpunca daripada skandal pengeluaran dan bersetuju untuk membayar AS$4.3 bilion untuk menyelesaikan siasatan jenayah AS.

Syarikat itu mengakui kereta diprogramkan untuk membuka kawalan pengeluaran ketika ujian makmal kerajaan dan menutup kawalan ketika berada di jalan raya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA