Bayern bermula garang

Bayern bermula garang

BERLIN, 10 Ogos (AFP) – Bayern Munich memulakan kempen Piala Jerman mereka dengan kemenangan 3-1 ke atas pasukan amatur divisyen kelima, Noettingen, semalam pada pusingan pertama yang sekali lagi membuktikan mereka saingan maut Bundesliga kepada Hamburg.

Hamburg, yang membuka kempen Bundesliga di Bayern Jumaat depan, tumbang dengan jaringan 3-2 selepas masa tambahan menentang pasukan divisyen keempat Carl Zeiss Jena.

Empat hari selepas kemenangan 1-0 ke atas Real Madrid dalam Piala Audi, Bayern menakluki pasukan amatur di Stadium Karlsruhe.

Pemain bintang Chile Arturo Vidal membuka jaringan untuk Bayern dengan penalti selepas enam minit tetapi 10 minit kemudian Noettingen menyamakan kedudukan terima kasih kepada penyerang Niklas Hecht-Zirpel, seorang pelajar muda sukan dan matematik.

Mario Goetze meletakkan Bayern kembali di depan hanya seminit kemudian dengan Robert Lewandowski melengkapkan kemenangan 10 minit kemudian dan jurulatih Munich Pep Guardiola menurunkan pemain tengah Belanda, Arjen Robben selepas 55 minit.

Lewandowski (tengah) ketika beraksi menentang Noettingen untuk Piala Jerman di Karlsruhe semalam. – Reuters
Lewandowski (tengah) ketika beraksi menentang Noettingen untuk Piala Jerman di Karlsruhe semalam. – Reuters

Penyandang kejuaraan Wolfsburg menang mudah 4-1 di Stuttgarter Kickers Sabtu lalu dengan Borussia Dortmund yang selesai naib juara musim lalu, menang 2-0 di Chemnitzer FC, terima kasih kepada gol Pierre-Emerick Aubameyang (25) dan Henrykh Mkhitaryan (82).

Hamburg memperoleh gol penyamaan untuk seri 2-2 empat minit dalam masa kecederaan sebelum ketinggalan selepas 106 minit kepada bekas juara Jerman Timur Carl Zeiss Jena, untuk menyertai pasukan baru Ingolstadt, yang tewas 2-1 kepda pasukan divisyen keempat Unterhaching dan Hoffenheim yang tewas 2-0 kepada pasukan divisyen kedua Munich 1860, sebagai mangsa elit.

ARTIKEL YANG SAMA