Bayern buka pintu untuk Schwini

Bayern buka pintu untuk Schwini

BERLIN, 3 Ogos – Bastian Schweinsteiger dimaklumkan mungkin ada tempat baginya untuk kembali ke Bayern Munich memandangkan dia mengalami kejatuhan di Manchester United.

Schweinsteiger berusia 32 tahun pada Isnin, hari yang sama loker milikinya dalam pasukan pertama United dibersihkan dan diarahkan untuk berlatih bersama pasukan simpanan oleh bos baru United, Jose Mourinho.

Dia adalah salah seorang daripada sembilan pemain yang diberitahu bebas untuk dipinjamkan oleh Mourinho dan tidak berada dalam perancangan bos United itu.

Schweinsteiger mengumumkan persaraan antarabangsanya minggu lalu selepas 12 tahun, 24 gol dan 120 kemunculan dalam jersi putih Jerman yang terkenal.

Pada Piala Dunia 2014 di Brazil, dia meningkatkan reputasinya ketika persembahan hambarnya di bahagian midfield Jerman membantu menewaskan Argentina dalam perlawanan akhir.

Selepas memenangi lapan gelaran Bundesliga bersama Bayern, begitu juga dengan Piala Jerman tujuh kali dan Liga Juara-Juara 2013, dia berpindah ke Old Trafford pada 2015.

Tetapi kecemerlangannya terjejas selepas musim dilanda kecederaan di Manchester yang hanya muncul 31 kali, dan pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge berkata pintu Bayern terbuka untuknya kembali.

“Jika dia bercakap pada satu kedudukan mengenai hasrat untuk kembali, kami akan membincangkan bersamanya,” Rummenigge memberitahu majalah sukan Bild.

Kepulangan Paul Pogba dari Perancis ke Old Trafford, dan penurunannya, bermakna hari-hari Scweinsteiger di Manchester semakin suntuk dengan baki kontrak United ada dua tahun lagi.

“Tiada rasa hormat!’ jelas adik lelakinya, Tobias Schweinsteiger, bekas pemain divisyen dua dan jurulatih pasukan belia di Bayern.

Laporan gaji tahunannya sebanyak 7.5 juta pound (AS$9.9 juta) mungkin menghalang sebarang majikan yang berpotensi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA