Bayern diberi amaran

Bayern diberi amaran

BERLIN, 15 April (AFP) – Pengarah sukan Bayern Munich Matthias Sammer (gambar) meminta kesemua pemain untuk berhenti berseronok menjelang perlawanan esok menentang Schalke 04.

Juara Jerman itu layak bagi kali kelima persaingan separuh akhir Liga Juara-Juara minggu ini, dan sekarang berpeluang untuk melebarkan pendahuluan 10 mata di persada Bundesliga.

Bayern berjaya menghasilkan keputusan positif sejak beberapa minggu kebelakangan, tetapi gagal untuk mendominasi perlawanan dengan cara yang mereka harapkan.

“Saya mahu melihat lebih banyak keinginan, lebih banyak cita-cita dan kegembiraan dalam permainan kami,” kata Sammer. “Para pemain seharusnya memikirkan mengenai apa yang boleh mereka capai.”

Sammer dengan segera mempertahankan pemain Bayern, menyatakan Bayern pada masa ini berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding seperti Barcelona atau Real Madrid.

pg23_160416_a

“Apabila anda melihat kelab-kelab terbaik lain di Eropah, anda melihat mereka tidak mencatatkan mata. Kami mungkin melakukan beberapa perkara lebih baik, tetapi kami mendapatkan keputusan.”

Selepas Borussia Dortmund terikat seri menentang Schalke pada hujung minggu lalu, Bayern sekarang mendahului tujuh mata di tangga teratas.

Kemenangan Sabtu ini akan meletakkan mereka dengan kelebihan 10 mata bagi sekurang-kurangnya satu malam, dengan Dortmund bersedia untuk menentang Hamburg pada Ahad.

Dortmund biasanya sukar menentang Hamburg, setelah mendapatkan empat mata daripada tujuh perlawanan Bundesliga menentang kelab dari utara itu.

Jurulatih Thomas Tuchel sedar satu lagi kekalahan sudah pasti akan menamatkan peluang gelaran bagi pasukannya.

“Senario yang pasti Bayern memenangi gelaran,” katanya. “Saya tidak pasti jika kami boleh menghasilkan kebangkitan sensasi sekarang.”