Bayern dihukum

Bayern dihukum

MADRID, 28 April – Pep Guardiola merumuskan Bayern Munich membayar harga mahal kerana permulaan perlahan ketika jaringan sensasi Saul Niguez secara solo pada minit ke-11 memberikan Atletico Madrid kelebihan 1-0 selepas separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, hari ini.

Juara Liga Jerman itu mendominasi permainan, namun bergelut untuk mencipta peluang ketika lawannya bertahan bagi mencatat perlawanan ke-33 tanpa bolos musim ini untuk mencipta langkahan besar ke final kedua dalam tiga tahun.

“Kami bercakap sebelum permainan mengenai bagaimana Atletico akan cuba bermula dengan baik,” kata Guardiola, yang akan meninggalkan Bayern untuk menyertai Manchester City pada permulaan musim depan.

“Ia bukanlah keputusan yang hebat buat kami. Ia sesuatu yang memang tidak selesa kerana tidak menjaringkan gol di tempat lawan, tapi kami masih ada 90 minit.”

Bayern juga tewas pada pusingan pertama separuh akhir di Sepanyol kepada Real Madrid dan Barcelona dalam tempoh dua tahun Guardiola berkuasa.

Reaksi Guardiola semasa Byern menentang Atletico di stadium Vicente Calderon kelmarin. – AFP
Reaksi Guardiola semasa Byern menentang Atletico di stadium Vicente Calderon kelmarin. – AFP

“Dalam Liga Juara-Juara anda perlu menggunakan sepenuhnya 90 minit, yang kami tidak lakukan di sini dan tidak bermain dengan baik pada 15 minit pertama.

“Kami perlu bermain dengan lebih bijak pada perlawanan selepas ini, kami perlukan kesabaran dan hanya perlukan satu gol untuk membawa kepada tambahan masa.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA