Bayern gagal patah badi, Atletico ke final

Bayern gagal patah badi, Atletico ke final

MUNICH, Jerman, 4 Mei (AFP) – Bayern Munich yang dikendalikan Pep Guardiola tersingkir pada persaingan separuh akhir Liga Juara–Juara kali ketiga berturut–turut kepada pasukan pesaing Sepanyol semalam ketika Atletico Madrid mara ke final menerusi jaringan di gelanggang luar biarpun kekalahan perlawanan kedua 2-1.

Setelah memenangi perlawanan pertama 1-0 di Sepanyol, Atletico mara menerusi jaringan luar penting dari Antoine Griezmann di Munich ketika perlawanan tersebut berakhir dengan terikat 2-2 menerusi agregat.

Xabi Alonso dan Robert Lewandowski menjaringkan gol bagi Bayern pada perlawanan malam apabila kedua pasukan terlepas sepakan penalti.

Atletico berjaya menempah dan menyelamatkan tempat ke final di Milan pada 28 Mei, di mana mereka akan berhadapan sama ada Real Madrid atau Manchester City.

“Mereka adalah lebih baik, tetapi kami menjaringkan gol luar, yang mana adalah penting,’ kata Griezmann.

Pemain Atletico Madrid meraikan kemenangan mereka ketika berjaya menewaskan Bayern di Munich semalam, sekali gus layak mara ke final Liga Juara-Juara. - AFP
Pemain Atletico Madrid meraikan kemenangan mereka ketika berjaya menewaskan Bayern di Munich semalam, sekali gus layak mara ke final Liga Juara-Juara. – AFP

“Kami merasa gembira. Ia adalah sukar, satu perlawanan yang sukar, kami memiliki pesaing di depan kami. Kami perlu bertahan dan cuba menjaringkan gol. Ia apa yang kami lakukan.”

Bayern dan Guardiola kesal dengan sepakan penalti dari Thomas Mueller separuh masa yang pertama diselamatkan hanya selepas Alonso memberikan pendahuluan kepada tuan rumah dengan meledakkan sepakan bebas.

Terdapat aksi yang sama pada separuh masa kedua apabila Manuel Neuer menyelamatkan sepakan penalti dari Fernando Torres bagi Atletico.

Selepas Griezmann menyamakan kedudukan bagi Atletico pada separuh masa kedua, Lewandowski memberikan harapan kepada Bayern apabila membuat tandukan, tetapi pendahulu Bundesliga itu tidak dapat mencari gol ketiga yang penting.

Atletico yang dikendalikan oleh Diego Simeone, menyamakan kutipan mata bersama Barcelona di tangga teratas La Liga dengan berbaki dua perlawanan dalam kempen itu, menghadapi minggu yang sibuk ketika mereka bersedia bagi perlawanan alhir kedua Liga Juara–Juara dalam tiga musim.

Sementara itu, dengan impian untuk tiga kejayaan berakhir, Bayern hanya memberikan tumpuan untuk memenangi persaingan domestik terhadap bimbingan terakhir Guardiola.