Bayern intai kejuaraan buat kali kelima

Bayern intai kejuaraan buat kali kelima

BERLIN, 25 Ogos – Bayern Munich akan memulakan musim Bundesliga Jerman 2016/17 di tempat lawan, Werder Bremen pada hari Jumaat apabila pesaing mereka cuba untuk menghentikan mereka dari memenangi gelaran juara Bundesliga buat kali kelima berturut-turut.

Menentang Bremen, jurulatih baru, Carlo Ancelotti akan bertanggungjawab pada perlawanan pertama di Allianz Arena apabila beliau menjadi jurulatih Itali keempat dalam Bundesliga selepas Giovanni Trapattoni, Nevio Scala dan Roberto Di Matteo.

“Keutamaan kami adalah untuk memenangi liga,” kata Ancelotti semasa beliau mula mengambil alih tugas daripada Pep Guardiola.

“Kami tidak sabar-sabar untuk memulakan musim ini dan kami bersedia untuk perlawanan pertama menentang Bremen.”

Gambar fail bertarikh 11 Julai 2016 menunjukkan Franck Ribery bersama Carlo Ancelotti semasa latihan di Pusat Latihan Utara Bandaraya Jerman, Munich. – AFP
Gambar fail bertarikh 11 Julai 2016 menunjukkan Franck Ribery bersama Carlo Ancelotti semasa latihan di Pusat Latihan Utara Bandaraya Jerman, Munich. – AFP

Ancelotti telah membawa seluruh kakitangannya di bilik belakang yang baru, termasuk anak Davide, manakala Bayern pada masa ini tidak mempunyai pengarah sukan sejak Matthias Sammer berhenti akibat masalah kesihatan pada akhir musim ini.

Keselamatan telah dipertingkatkan untuk perlawanan pembukaan musim ini di Munich, di tengah-tengah kebimbangan keganasan di Jerman. Beg sandar yang bersaiz lebih daripada saiz A4 dan botol besar telah dilarang untuk dibawa masuk dengan jumlah penonton dijangka 75,000 orang.

Tiada pilihan lain selain mengutip tiga mata penuh bagi mempertahankan kejuaraan dimana telah mencatat sejarah pada musim lalu dengan menjadi kelab pertama memenangi empat gelaran liga Jerman berturut-turut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA