Bayern juara Piala Audi selepas benam Real

Bayern juara Piala Audi selepas benam Real

MUNICH, Jerman, 6 Ogos – Jaringan lewat pemain antarabangsa Poland, Robert Lewandowski memberikan kemenangan 1-0 kepada juara Jerman Bayern Munich ke atas gergasi Sepanyol Real Madrid pada final pra musim Piala Audi di Stadium Allianz Arena semalam.

Bayern dan Real masing–masing mencatatkan kemenangan menarik ke atas AC Milan dan Tottenham Hotspurdi Allianz Arena Selasa lalu, tetapi tuan rumah bangkit menerusi jaringan Lewnadowski dua minit sebelum tamat perlawanan.

Bekas pemain penyerang Dortmund itu – yang menjaringkan gol kemenangan 3-0 ke atas Milan pada hari sebelumnya – menerima umpanan bintang muda Denmark Pierre-Emile Hojberg sebelum menewaskan penjaga gol Real Keilor Navas pada minit ke-88.

Kemenangan ini menghadiahkan Bayern gelaran ketiga Piala Audi dalam empat percubaan sejak perlawanan itu dilancarkan pada 2009.

Pemain Bayern meraikan kejayaan merangkul Piala Audi 2015 selepas membenam Real Madrid di Stadium Allianz Arena semalam. – AFP
Pemain Bayern meraikan kejayaan merangkul Piala Audi 2015 selepas membenam Real Madrid di Stadium Allianz Arena semalam. – AFP

Jaringan tersebut berbeza daripada kali terakhir Real mengunjungi Allianz Arena dengan gergasi La Liga itu mencatatkan kemenangan 4-0 dalam perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara–Juara pada April 2014.

Kemenangan itu menyelamatkan kemenangan agregat 5-4 Real ketika mereka memenangi gelaran Eropah ke-10 dalam persaingan akhir menentang Atletico.

Dengan kemenangan ini akan menjadi sagu hati Munich yang terjejas tahun lepas, ia sekurang–kurangnya memberikan pasukan Pep Guardiola suntikan semangat ketika bersedia untuk mempertahankan gelaran Bundesliga bermula di laman sendiri menentang Hamburg 14 Ogos depan. – AFP