Bayern juara yang parah

Bayern juara yang parah

BERLIN, 3 May (AFP) – Jurulatih Bayern Munich, Pep Guardiola tidak tahu siapa yang akan bermain menentang Barcelona dalam separuh akhir Liga Juara-Juara minggu ini kerana senarai kecederaan semakin meningkat.

Walaupun Barcelona begitu gah dengan perlawanan pemanas badan panas membelasah Cordoba 8-0 di La Liga, Guardiola menyaksikan Bayern yang uzur tewas 2-0 kepada Bayer Leverkusen dan meragui aksi Liga Juara-Juara.

“Kami belum lagi tahu mengenai barisan menentang Barca. Kami tidak tahu jika Robert Lewandowski dan Franck Ribery sudah bersedia. Dan kami tidak tahu bila kami akan tahu. Barisan kami masih belum diputuskan,” katanya.

Bayern sudah maklum mereka akan beraksi tanpa Arjen Robben yang koyak otot betis selepas kembali daripada kecederaan minggu lalu dan kini terlepas baki musim.

Penjaring terbanyak Lewandowski retak tulang pipi dan mengalami gegaran dalam kekalahan separuh akhir Piala Jerman kepada Borussia Dortmund Selasa lalu. Ribery pula diketepikan kerana kecederaan buku lali pada 11 Mac. Bayer Leverkusen dua kali membolosi gawang hero Piala Dunia Jerman, Manuel Neuer untuk menghalang penjaga gol itu meraih lakaran dalam sejarah Bayern Munich.

Neuer memerlukan satu lagi permainan tanpa bolos untuk mengatasi rekod 19 permainan bersih Oliver Kahn dalam semusim bersama Bayern.

Pemain antarabangsa Turki Leverkusen, Hakan Calhanoglu menyempurnakan sepakan percuma langsung dari jarak 25 meter melepasi benteng Bayern dan Neuer.

Pada babak kedua, Karim Bellarabi merobek pertahanan Bayern dengan larian cemerlang sebelum memberikan hantaran kepada Julian Brandt yang membuat jaringan mudah sempena hari lahirnya yang ke-19.

ARTIKEL YANG SAMA