Bayern kekal terajui Bundesliga

Bayern kekal terajui Bundesliga

DUESSELDORF, Jerman, 29 Nov (Agensi) – Thomas Mueller membuat jaringan lagi tatkala Bayern Munich menumpaskan Hertha Berlin 2-0 untuk melanjutkan teraju Bundesliga kepada 11 mata pada semalam.

Mueller memecahkan kebuntuan dengan gol ke-13nya musim ini pada minit ke-34, tujuh minit sebelum Kingsley Coman membuat jaringan selepas gerak menarik membabitkan Javi Martinez dan Jerome Boateng.

“Tidak perlu untuk berasa malu,” kata jurulatih Hertha, Pal Dardai. “Kedudukan dan persembahan adalah sempurna, tetapi Bayern dua kali ganda lebih pantas dan hebat.” Bayern yang belum ditumpaskan, dengan 13 kemenangan dari 14 perlawanan, akan menjamin teraju berterusan ke rehat musim sejuk jika Borussia Dortmund tidak menumpaskan Stuttgart hari ini.

Penyerang Bayern Munich, Thomas Mueller (kanan) dan pemain midfield Hertha Berlin, Per Cijan Skjelbred bersaing mendapatkan bola di stadium Munich, selatan jerman, pada 28 November 2015. – AFP
Penyerang Bayern Munich, Thomas Mueller (kanan) dan pemain midfield Hertha Berlin, Per Cijan Skjelbred bersaing mendapatkan bola di stadium Munich, selatan jerman, pada 28 November 2015. – AFP

Empat mata yang diraih Bayern adalah satu rekod selepas 14 perlawanan. Kelab itu berjenaka melalui akaun Twitter bahawa ia hampir selamat daripada penurunan ke divisyen rendah bagi satu musim lagi.

Hamburger SV menewaskan Werder Bremen 3-1 di gelanggang lawan dalam derby utara 103 Bundesliga, dan pemain antarabangsa Amerika Syarikat, Fabian Johnson membuat dua jaringan untuk Borussia Moenchengladbach bagi kedudukan terikat seri 3-3 di Hoffenheim.