Bayern kekalkan kecemerlangan

Bayern kekalkan kecemerlangan

BERLIN, 28 Feb (Agensi) – Bayern Munich terus mengukuhkan cengkaman di puncak Bundesliga selepas meraih kemenangan ke-23 dalam saingan liga dengan menewaskan Wolfsburg 2-0, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad bimbingan Pep Guardiola kini jauh meninggalkan Borussia Dortmund di tangga kedua dengan kelebihan 11 mata.

Dua jaringan Bayern Munich dihasilkan oleh Kingsley Coman dan Robert Lewandowski pada minit ke-66 dan 74.

Pada perlawanan lain, Stuttgart dikejutkan oleh pasukan tercorot liga, Hannover selepas tewas 1-2 di gelanggang sendiri.

Tuan rumah terlebih dulu berada di depan menerusi jaringan Timo Werner pada minit ke-18 sebelum pelawat bangkit dengan dua jaringan Christian Schulz pada minit ke-32 dan 83.

Philipp Lahm, Kingsley Coman, Robert Lewandowski, Franck Ribery and Thomas Mueller meraikan jaringan selepas berjaya menewaskan Wolfsburg dengan jaringan 2-0. – Reuters
Philipp Lahm, Kingsley Coman, Robert Lewandowski, Franck Ribery and Thomas Mueller meraikan jaringan selepas berjaya menewaskan Wolfsburg dengan jaringan 2-0. – Reuters

Hamburg pula terpaksa akur dengan satu mata selepas terikat 1-1 dengan FC Ingolstadt.

Skuad bimbingan Bruno Labbadia terlebih dulu membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh sebelum Lukas Hinterseer menyelamatkan Ingolstadt dengan jaringan penyamaan pada minit ke-61.

Sementara itu, nasib sama menimpa Werder Bremen selepas terikat 2-2 dengan Darmstadt di Weserstadion.

Jaringan Werder Bremen disumbangkan Anthony Ujah dan Claudio Pizarro pada minit ke-33 dan 89 sementara Sandro Wagner dan Aytac Sulu menjaringkan gol buat pelawat pada minit ke-44 dan 82.

ARTIKEL YANG SAMA