Bayern kekalkan Lewandowski, Mueller

Bayern kekalkan Lewandowski, Mueller

BERLIN, 22 Feb (AFP) – Bayern Munich bersedia untuk berbelanja besar bagi mengekalkan Robert Lewandowski dan Thomas Mueller.

Mueller meledak dua kali dan Lewandowski menjaringkan gol ketika ketika Bayern bangkit dalam kemenangan 3-1 ke atas Darmstadt, Sabtu lalu.

Ia adalah perlawanan terakhir Bayern sebelum pertemuan kelompok 16 Liga Juara-Juara bertemu naib juara musim lalu, Juventus.

Lewandowski kini mendahului senarai penjaring Bundesliga dengan 22 gol daripada 21 perlawanan, dengan Mueller pada 17 gol.

Jika digabungkan, gandingan itu sudah meledak 39 gol Bundesliga dan 56 gol dalam semua pertandingan musim ini.

pg22_160223_b

Mereka mampu mengejar rekod Grafite dan Edin Dzeko yang mencatat 54 gol liga pada tahun 2008/09 ketika Wolfsburg memenangi kejuaraan.

Kedua-duanya meraih kemenangan tanpa kalah dalam semua pertandingan sejak awal Disember dan kedua-duanya mempunyai tepat rekod yang sama dalam 10 perlawanan terakhir mereka – sembilan kemenangan dan satu seri.

“Saya sedar ada peluang lain di luar sana, tetapi saya dapat bayangkan untuk terus kekal di sini kerana kelab ini terkenal dengan penghargaan terhadap pencapaian anda,” kata Lewandowski, yang menjadi sasaran Real Madrid, Manchester City dan Paris saint-Germain.

ARTIKEL YANG SAMA