Bayern kembali lebih hebat

Bayern kembali lebih hebat

BERLIN, 24 Mei (AFP) – Pengendali Bayern Munich, Pep Guardiola melaungkan kebangkitan kelab itu musim depan selepas dinobatkan juara Liga Jerman untuk kali ketiga berturut-turut, awal pagi tadi.

Skuad gergasi Bavarian itu menamatkan tiga kekalahan sebelum ini di Bundesliga dengan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Mainz bagi mendakap trofi kejuaraan ke-25 Bundesliga pada hari terakhir musim ini.

Jaringan penalti Robert Lewandowski dan ledakan Bastian Schweinsteiger menyaksikan Bayern bangkit selepas sisi kekalahan terhadap Leverkusen, Augsburg dan Freiburg sejak kejuaraan liga disahkan milik mereka pada penghujung April ketika baki empat lagi perlawanan.

Kecederaan dihadapi pertahanan tengah, David Alaba, pemain sayap, Arjen Robben dan Frank Ribery merenjatkan kecemerlangan Guardiola apabila Bayern terkeluar daripada persaingan merebut Piala Jerman dan Liga Juara-Juara Eropah pada separuh akhir.

Pep Guardiola bersama Pengarah Sukan Bayern Matthias Sammer menjulang trofi Bundesliga di Munich semalam. - Reuters
Pep Guardiola bersama Pengarah Sukan Bayern Matthias Sammer menjulang trofi Bundesliga di Munich semalam. – Reuters

Namun, Guardiola berkata, Bavarian akan meningkatkan kekuatan pemainnya pada musim panas ini sekali gus untuk mempertahankan kemahkotaan liga buat kali keempat berturut-turut musim depan.

“Musim depan kami akan bangkit semula dengan lebih kuat dan memenuhi hasrat penyokong, itulah sasaran saya,” katanya jurulatih dari Sepanyol itu yang sudah menang lima kejuaraan dalam dua musim bersama Bayern.

“Saya berharap kami mendapat skuad yang paling terbaik. Kini kami mahu menuju ke hadapan,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA