Bayern kempunan raih kemenangan ke-11

Bayern kempunan raih kemenangan ke-11

MUNICH, 1 Nov (Agensi) – Ketua jurulatih Bayern Munich, Pep Guardiola mengakui pasukan itu sudah melakukan yang terbaik ketika mereka diikat Eintracht Frankfurt tanpa jaringan pada aksi Bundesliga semalam.

Keputusan tersebut menyaksikan Bayern terpaksa akur apabila rekod kemenangan 10 perlawanan berturut-turut gagal dilebarkan, namun Guardiola masih mempertahankan aksi para pemainnya.

“Kami tidak mempunyai banyak ruang pada aksi kali ini. Kami sudah cuba menyerang di sebelah kiri dan kanan tetapi ia tidak berhasil tetapi kami masih lagi mempunyai peluang.

“Kami sudah melakukan apa yang sepatutnya kami lakukan untuk memenangi perlawanan ini. Frankfurt telah melakukan tugas dengan baik dan mereka kelihatan selesa beraksi dengan cara mereka sendiri,” katanya.

Pemain midfield Frankfurt, Stefan Aigner (kiri) dan pemain pertahanan Bayern Munich, Jerome Boateng bersaing mendapatkan bola di Frankfurt am Main, bahagian barat Jerman. – AFP
Pemain midfield Frankfurt, Stefan Aigner (kiri) dan pemain pertahanan Bayern Munich, Jerome Boateng bersaing mendapatkan bola di Frankfurt am Main, bahagian barat Jerman. – AFP

Dalam pada itu, pemain tengah Bayern, Arturo Vidal senada dengan ‘bosnya’ selain turut mengakui kecewa dengan keputusan tersebut ketika mereka mengidamkan untuk merakam kemenangan ke-11.

“Kami berdepan tugas yang sangat sukar hari ini (semalam). Frankfurt turun dengan meletakkan 11 pemainnya di kawasan kotak penalti.

Taktikal yang digunakan itu menyebabkan ia adalah hampir mustahil untuk mana-mana pasukan sekalipun menjaringkan gol.

“Kami berjaya menguasai perlawanan dan telah melakukan kerja berpasukan dengan cukup baik tetapi apa yang kurang pada aksi ini kami gagal menjaringkan gol. Kami sememangnya sangat kecewa dengan keputusan ini. Kami perlu bekerja lebih keras untuk memastikan sasaran kami tercapai selepas ini,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA