Bayern kukuhkan kedudukan

Bayern kukuhkan kedudukan

BERLIN, 20 Dis (AFP) – Bayern Munich mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga dengan jurang lapan mata selepas menang tipis -10 menentang Hannover, semalam, sambil menunggu keputusan berhubung masa depan pengendalinya, Pep Guardiola, pada musim hadapan di kelab itu.

Kontrak Guardiola akan tamat Jun depan dengan kelab bakal mengumumkan perancangan masa hadapannya bersama Bayern, Ahad ini, apabila akhbar tempatan, Bild mula melaporkan Carlo Ancelotti bakal mengisi tempatnya untuk musim hadapan.

Mengetepikan segala isu pengurusan, Bayern berjaya membuka jurang lapan mata selaku pendahulu menerusi jaringan penalti pada minit ke-40 yang disempurnakan oleh Thomas Mueller untuk gol ke-14 nya dalam liga selepas bola terkena tangan kapten Hanover, Christian Schulz dalam kawasan kotak penalti.

Thomas Mueller ketika menjaringkan gol menewaskan penjaga gawang Hanover. – Reuters
Thomas Mueller ketika menjaringkan gol menewaskan penjaga gawang Hanover. – Reuters

Sementara itu, Borussia Dortmund gagal merapatkan jurang dengan pendahulu liga apabila tewas 2-1 di tangan Cologne selepas pasukan tuan rumah itu menjaringkan dua gol dalam tempoh 10 minit terakhir.

Meskipun mendahului menerusi tandukan pertahanan tengah, Sokratis Papastathopoulos, dua gol daripada Simon Zoller Anthony dan Modeste masing-masing pada minit ke-83 dan minit ke-90, mengecewakan Dortmund sekali gus ketinggalan lapan mata di belakang Bayern Munich.

Prestasi cemerlang Javier Hernandez berjaya membantu Bayer Leverkusen memperbaiki kedudukan ke tangga keempat liga selepas gol tunggalnya yang juga jaringan ke-11 peribadi dalam liga musim ini menundukkan Ingolstadt, 1-0.