Bayern ‘mandi peluh’ tewaskan Stuttgart

Bayern ‘mandi peluh’ tewaskan Stuttgart

BERLIN, 10 April (Reuters) – Peneraju Bundesliga Bayern Munich dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan VFB Stuttgart 3-1 awal pagi tadi, sekali gus mendahului lapan mata di puncak liga dengan berbaki lima perlawanan lagi.

Bayern yang memburu gelaran ‘treble’ akan berdepan Benfica dalam aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara minggu depan, kini mengumpul 75 mata, manakala Borussia Dortmund di tangga kedua dengan 67 mata, akan berkunjung ke Schalke 04, malam ini.

Jaringan sendiri pemain pertahanan Stuttgart Georg Niedermeier dan serangan separuh masa kedua David Alaba meletakkan Pep Guardiola Bayern 2-0.

Gol pertama Bayern terhasil pada minit ke-31 apabila hantaran lintang Franck Ribery ditolak masuk ke gawang sendiri oleh pertahanan Stuttgart Georg Niedermeier.

Pelawat mengukuhkan cengkaman apabila David Alaba bijak mengawal bola sebelum membuat penyudah kaki kiri yang padu ke sisi gawang selepas tujuh minit bersambung babak kedua.

Aksi David Alaba semasa menjaringkan gol buat Bayern. Bayern menewaskan Stuttgart 3-1, sekali gus mendahului lapan mata di puncak liga dengan berbaki lima perlawanan lagi. – Reuters
Aksi David Alaba semasa menjaringkan gol buat Bayern. Bayern menewaskan Stuttgart 3-1, sekali gus mendahului lapan mata di puncak liga dengan berbaki lima perlawanan lagi. – Reuters

Tetapi gara-gara kealpaan pertahanan dalam kotak penalti menyaksikan Daniel Didavi yang berada dalam kedudukan terbaring menyungkit masuk melepasi jangkauan penjaga gol Manuel Neuer untuk mengecilkan defisit dan mengembalikan kehangatan perlawanan.

Namun pemain Brazil Douglas Costa akhirnya memastikan kemenangan menjadi milik gergasi Bavaria itu apabila bijak meloloskan diri daripada sebelah kanan dan melepaskan sepakan padu yang gagal diselamatkan Tyton pada minit ke-89 untuk kemenangan memihak 3-1 kepada Bayern.

“Kini kami perlu tiga lagi (liga) kemenangan dan seri dalam usaha untuk mewujudkan sesuatu yang tidak dapat dikendalikan oleh mana-mana pasukan di Jerman.” kata Guardiola.