Bayern menang mudah

Bayern menang mudah

PIRAEUS, Greece, 17 Sept (AFP) – Dua gol Thomas Mueller dan satu lagi dari Mario Goetze melengkapkan kemenangan 3-0 Bayern Munich ke atas Olympiakos dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Kumpulan F semalam.

Jaringan pertama Mueller adalah secara kebetulan dari jarak jauh pada minit ke-52 dan Bayern yang semakin tidak sabar untuk mengakhiri perlawanan mendapat suntikan baru dengan jaringan lewat Goetze dan penalti Mueller pada masa tambahan untuk meraih tiga mata.

“Saya tidak tahu jika saya ada pakatan dengan dewi nasib Greek, tetapi ia memang nasib yang bagus kerana ia (gol) jatuh ke dalam jaring. Ia pasti menjadikan perkara lebih mudah bagi kami,” Mueller memberitahu ZDF selepas ledakan menakjubkan dari luar kawasan penalti.

Olympiakos memenangi semua tiga perlawanan peringkat kumpulan musim lalu, tetapi pasukan yang dirombak dengan jurulatih baru – bekas pemain Sporting Portugal Marco Silva berusia 38 tahun – sudah mengharungi 11 perlawanan tanpa kalah.

Thomas Mueller (kanan) menjaringkan gol semasa menentang Olympiakos di stadium Karaiskaki di Piraeus, dekat Athens semalam. – AFP
Thomas Mueller (kanan) menjaringkan gol semasa menentang Olympiakos di stadium Karaiskaki di Piraeus, dekat Athens semalam. – AFP

Jaringan pembukaan Mueller mencetuskan perdebatan hebat selepas hantaran silangnya memperdaya penjaga gol Olympiakos Roberto, yang terdesak kembali ke garisan tetapi terpaksa menyaksikan bola menggegar sudut atas gawangnya.

Dengan Bayern berkuasa penuh, Roberto kemudian membuat perubahan gerakan untuk menghentikan usaha Mueller pada minit ke-68.

Jaringan Goetze pula begitu bergaya pada minit ke-88 apabila menemui ruang untuk merembat kencang enam meter dari pinggir kotak untuk mengalahkan Roberto dari sudut sukar.

Selepas pemain gantian Olympiakos Arthur Masuaku mengasari rakan senegara beliau dari Perancis, Kingsley Koman, Mueller dengan bergaya menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan.

Walaupun Bayern mengawal bola untuk sebahagian besar babak kedua, Olympiakos mempunyai dua peluang yang ideal untuk memecahkan kebuntuan, tetapi gagal membuahkan hasil.

ARTIKEL YANG SAMA