Bayern menang selesa

Bayern menang selesa

BERLIN, 30 Ogos (AFP) – Pep Guardiola berkata Bayern Munich boleh meningkatkan ketepatan hantaran mereka ketika pasukan gergasi Bavaria itu mencatatkan kemenangan selesa 3-0 semalam ke atas Bayer Leverkusen yang membolehkan mereka mengungguli Bundesliga.

“Jelas kami beraksi menentang pasukan terbaik dunia. Anda tidak perlu alasan apabila tewas di Munich,” tegas jurulatih Leverkusen, Roger Schmidt selepas dua jaringan Thomas Mueller dan sepakan penalti Arjen Robben melengkapkan kemenangan Bayern.

Bayern mengehadkan Leverkusne kepada hanya dua peluang biarpun ketepatan hantaran mereka 86 peratus, tetapi Guardiola kesal di mana 76 hantaran disia-siakan ketika pasukannya dilihat menjadi pasukan pertama memenangi empat gelaran liga Jerman berturut-turut musim ini.

“Kami mengalami masalah dengan hantaran terakhir. Kami mencipta banyak peluang tetapi hantaran tersebut tidak mencukupi, yang hanya berjaya menjaringkan 3-0, tetapi ia okey. Kami menentang sebuah pasukan yang bagus,” kata jurulatih Bayern, Guardiola.

Mueller menjaringkan gol semasa menentang Leverkusen di Munich semalam. – Reuters
Mueller menjaringkan gol semasa menentang Leverkusen di Munich semalam. – Reuters

Mueller, yang menjaringkan lima gol dalam tiga perlawanan liga berkata, kemenangan 3-0 Leverkusen di laman sendiri ke atas Lazio Rabu lalu bagi memastikan mereka tempat ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, adalah menjadi faktor.

“Bayer Leverkusen mempamerkan permainan tinggi yang memerlukan banyak larian. Minggu ini mereka menjadi tumpuan dan terpaksa menang,” jelas Mueller. Pasti bukan mudah untuk datang ke sini dan mempamerkan satu lagi permainan yang tinggi.”

Juara bertahan itu mendahului apabila Mueller mendapatkan hantaran dari Douglas Costa pada minit ke-26, kemudian menyudahkan sepakan penalti selepas Arturo Vidal ditolak oleh pertahanan Leverkusen, Roberto Hilbert pada minit ke-59.

Robben menyempurnakan sepakan penaltinya yang ke-11 dari 12 percubaan sepanjang kerjayanya dalam Bundesliga dengan menyudahkannya ketika Hilbert dipersalahkan selepas hantaran lintang Costa mengenainya lengannya.

ARTIKEL YANG SAMA