Bayern Munich belasah Stuttgart 4-0

Bayern Munich belasah Stuttgart 4-0

BERLIN, 8 Nov (AFP) – Robert Lewandowski meledak gol ke-14 peribadinya dalam saingan Bundesliga selepas membantu Bayern Munich membelasah VfB Stuttgart, 4-0 di Allianz Arena, Munich, semalam.

Turut bersama menjaringkan gol di Allianz Arena itu adalah Arjen Robben, Douglas Costa dan Thomas Mueller.

Akibat kekalahan besar itu, Stuttgart menduduki tangga ketiga tercorot liga.

Bayern kini berada di kedudukan teratas liga dengan mengutip 34 mata, meninggalkan Borussia Dortmund dengan kelebihan lapan mata.

Musuh utama Bayern itu akan beraksi menentang FC Schalke 04 pada malam Ahad.

Pemain midfield Bayern Munich, Arjen Robben (dua dari kiri) membuat jaringan pembukaan pada perlawanan di Munich, selatan Jerman pada 7 November 2015. – AFP
Pemain midfield Bayern Munich, Arjen Robben (dua dari kiri) membuat jaringan pembukaan pada perlawanan di Munich, selatan Jerman pada 7 November 2015. – AFP

Munich berjaya mengekalkan rekod perlawanan tanpa kalah dalam 12 perlawanan setakat ini.

“Agak sukar untuk beraksi dalam tiga perlawanan namun kami membuktikan mampu melakukannya.

“Saya mahu berterima kasih kepada pemain saya kerana melakukan beraksi dengan cemerlang. Saya harap mereka dapat mengekalkan rentak ini sehingga cuti musim sejuk dan sehingga penghujung musim.

“Saya sedar seandainya kami tidak memenangi tiga trofi ia pastinya musim yang buruk. Saya tahu saya berada di mana, ia seperti Barcelona. Kami akan terus mengekalkan kemenangan demi kemenangan,” kata pengurus Bayern, Pep Guardiola.

ARTIKEL YANG SAMA