Bayern panggil Ribery

Bayern panggil Ribery

BERLIN, 1 Ogos – Penyerang Perancis, Franck Ribery telah dipanggil atas arahan daripada Bayern Munich gara-gara kritikannya terhadap bekas jurulatih kelab itu, Pep Guardiola serta kelakuannya di atas padang.

Ribery, kini dengan Bayern dalam jelajah pra-musim di Amerika Syarikat, menyifatkan Guardiola sebagai tidak berpengalaman dan berulang kali membandingkan bahawa beliau tidak melayan baik kepada penggantinya di Bayern, Carlo Ancelotti.

Komen beliau mendapat respons daripada Pengerusi Bayern Karl-Heinz Rummenigge.

Ancelotti, 57, telah menggantikan Guardiola, kini dengan Manchester City, sebagai jurulatih Bayern untuk musim 2016/17.

Dalam majalah Sport Bild, Ribery menuduh Guardiola atas kekurangan pengalaman walaupun telah memenangi 14 gelaran dalam tempoh empat tahun dengan Barcelona dan tujuh piala dalam tiga tahun dengan Bayern.

Franck Ribery semasa perlawanan Piala Juara Antarabangsa di Stadium Bank of America pada Sabtu di Charlotte, Utara Carolina. - AFP
Franck Ribery semasa perlawanan Piala Juara Antarabangsa di Stadium Bank of America pada Sabtu di Charlotte, Utara Carolina. – AFP

“Dia masih seorang jurulatih muda. Beliau tidak mempunyai pengalaman. Kadang-kadang dia bercakap banyak, bola sepak adalah sangat mudah,” kata pemain Perancis yang berusia 33 tahun itu memberitahu majalah itu.

Hubungan tegang Ribery dengan Guardiola semasa di Bayern memang jelas dan beliau berkata kini berliau merasa ‘bermotivasi dan bebas’ di atas padang.

Ancelotti mencela Ribery pada separuh pertama permainan, memberitahunya untuk bertenang selepas beliau dilihat terlibat dalam pertikaian Felipe Melo.

“Saya tidak suka pemain yang berkelakuan dengan cara itu. Saya memberitahu beliau bahawa dia mempunyai yang lebih baik selesaikan masalah itu,” Ancelotti kepada wartawan selepas perlawanan.

“Saya memilih beliau sebagai kapten hari ini dan ianya tidak mungkin untuk berkelakuan cara seperti itu apabila anda memakai lilitan lengan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA