Bayern perah keringat

Bayern perah keringat

MUNICH, Jerman, 6 April – Arturo Vidal memberikan Bayern Munich kelebihan tipis apabila mencatat kemenangan 1-0 menjelang perlawanan timbal balik pusingan suku akhir Liga Juara-Juara di Benfica minggu depan, selepas menjaringkan gol pada 109 saat sejurus bermula perlawanan pertama, semalam.

Bayern mempamerkan persembahan suram di Arena Allianz dan jaminan untuk tampil buat kali kelima berturut-turut dalam separuh akhir Liga Juara-Juara masih lagi samar.

“Empat pemain pertahanan Benfica beraksi dengan baik dan kami terlepas gol kedua,” kata penjaga gol Bayern, Manuel Neur kepada Sky.

“Kami sangat gembira dengan keputusan itu kerana kami memastikan mereka tidak menjaringkan gol. “Itu adalah yang paling penting.”

Vidal meraikan jaringan semasa menentang Benfica dalam perlawanan kedua suku akhir Eropah di Alli-anz Arena, Munich kelmarin. - Reuters
Vidal meraikan jaringan semasa menentang Benfica dalam perlawanan kedua suku akhir Eropah di Alli-anz Arena, Munich kelmarin. – Reuters

Pengurus Benfica, Rui Vitoria boleh menarik nafas lega sebelum perlawanan timbal balik di Estadio da Luz pada 13 April ini, selepas menyebabkan Bayern kecewa dalam babak kedua di Munich.

Bagaimanapun jurulatih dari Portugis itu tidak dapat menurunkan penjaga gol terbanyak, Jonas selepas pemain berumur 32 tahun itu memperoleh kad kuning keduanya, yang juga ketiga dalam kejohanan ini.

Sebelum ini, jurulatih Bayern, Pep Guardiola menggambarkan Benfica sebagai ‘mempunyai pemain pertahanan terbaik’ di Eropah selepas hanya bolos 19 gol dalam liga Portugis pada musim ini.

Tetapi ia memerlukan kurang daripada dua minit bagi Bayern memecahkan benteng Benfica itu. – AFP